Sehubungan dengan satu video pada Rabu 9Jun lepas yang memaparkan kenyataan Dr Muhaya yang menyatakan seseorang wanita ‘biarlah macam bodoh-bodoh sikit jika mahu mendapat jodoh’ telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat dengan ada antaranya yang turut memberikan kecaman.
Pakar motivasi, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad tampil memohon maaf selepas satu klip videonya yang tular, baru-baru ini telah menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat khususnya kaum wanita.
Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk tampil memberikan penjelasan susulan perkara yang berlaku akibat daripada klip video yang berdurasi 56 saat itu.
“Bonda (Dr Muhaya) mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada bonda mahupun pasukan bonda.
“Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti kenyataan bonda, maka bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Khamis.
Mengulas lanjut, Dr Muhaya memaklumkan bahawa hantaran klip 56 saat tersebut sebenarnya merupakan petikan daripada siaran langsung yang diterbitkan pada 6 Februari 2021 di Facebook dan YouTubenya iaitu Prof Muhaya TV dengan durasi selama 45 minit. Katanya, video yang bertajuk ‘Antara cinta dan cita-cita’ itu sebenarnya diadakan bagi menjawab persoalan dan komen-komen daripada Facebook berkaitan wanita yang dalam dilema antara mengejar kerjaya, cinta dan keluarga.
“Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan,” jelasnya. Dalam pada itu, Dr Muhaya berkata, beliau yang juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya semestinya sentiasa mendukung serta mendoakan semua wanita untuk berjaya ke puncak tertinggi dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
I’m sorry but my mum didn’t raise me to be ‘bodoh-bodoh sikit’ in front of men so that I can ‘bertemu jodoh’. You are sending the wrong message to girls and young women. Women should definitely not lower their intellectual level just so that they can attract a man. https://t.co/xc0G7GsV3O
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) June 8, 2021
Tidak kurang dari itu, pandangan tersebut telah mendapat kritikan hebat netizen dan Dr Amalina Bakri antara yang tidak terkecuali dalam memberikan pandangan mengenai isu tersebut. Menurut Dr Amalina, dia tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan Prof Muhaya dan berpendapat seorang wanita itu tidak sepatutnya merendahkan level intelektual mereka demi menarik minat seorang lelaki.
Walau bagaimanapun, setengah netizen yang bertsetuju dan menganggap isi dalam video itu mempunyai kiasan yang begitu mendalam, dan ada betulnya.
“Hanya orang yang dengar 7 am club atau yang join program bonda akan paham cara bonda cakap dan bagi analogi . Orang yang viral2 tu dia tak join dan tak paham apa yang bonda cuba sampaikan “
(PENJELASAN DARI PAKAR BAHASA)
Saya rasa terpanggil.. Kes “macam bodoh-bodoh sedikit..” Sebenarnya, Hukum Tatabahasanya sudah ada. Dalam Tatabahasa Dewan (TD), ada sekurang-kurangnya 5 aspek makna yang terhasil daripada kata ganda, iaitu
1. makna jamak
2. Kesamaan atau keserupaan
3. kepelbagaian jenis
4. tidak tentu… (TD, 2015:140)
Dalam kes ini, “bodoh-bodoh” membawa makna “kesamanan atau keserupaan”. TD memberikan satu contoh, iaitu “orang-orang”. Perkataan “orang-orang” tidak bermkna orang yang bernyawa, tetapi benda yang dibuat menyerupai orang untuk menyelamatkan padi daripada dimakan burung. Dalam konteks, “macam bodoh-bodoh sikit”, ia tidak bermakna wanita “mesti jadi bodoh”, tolol, dungu, bebal dalam erti kata sebenar hanya untuk menarik perhatian lelaki tercinta atau utk mendapatkan jejaka idaman. Wanita perlu terus menuntut ilmu untuk jadi pandai, bijak sehingga boleh jadi doktor, akauntan, jadi peguam, jadi profesor dan jadi pakar. Wanita perlu pandai, tapi jangan ‘memandai-mandai’ atau buat-buat pandai. Ini bahaya sikit..maknanya lain.
Berdasarkan rakaman ringkas yang saya lihat dan dengar, makna “macam bodoh-bodoh sikit” yang hendak disampaikan adalah dalam konteks kepimpinan lelaki sebagai ketua keluarga atau sebagai bakal suami tercinta. Ia dikaitkan dengan makna ujaran sebelumnya, iaitu “kelembutan wanita”, atau keayuan wanita. Mungkin contoh ini relevan: Minta tolong pasangkan kepala tong gas. Dalam situasi ini, wanita kenalah “buat-buat tak tahu” nak pasang kepala tong gas walaupun di rumah biasa angkat tong gas penuh. Nanti hilang keayuan. ‘Buat-buat tak tahu’, tidak bermaka tidak pandai pasang kepala tong gas, tapi ada unsur “kemanjaan”. Wanita kena tunjuk bijak aspek lain. Misalnya, tunjukkan bahawa wanita bijak pandai dalam menggunakan tong gas untuk masak yang sedap-sedap .
Secara peribadi, istilahnya kurang tepat (bukan salah), hingga makna yang hendak disampaikan banyak menimbulkan reaksi tidak senang dalam kalangan nitezen. Tak nak sebut kaum mana yang banyak beri reaksi, nanti saya pula yang kena. hehe. Apapun, saya yakin dan pasti Prof Muhaya tidak berniat untuk menyampaikan sesuatu yang tidak baik atau sesuatu yang menyesatkan, atau untuk menggalakkan wanita menjadi tidak cerdik, jauh sekali hendak merendahkan nilai wanita di hadapan lelaki tercinta. Kerana dia sendiri orang bijak dan berilmu dengan gelaran profesor (bukan mudah memdapatkannya). Keilmuannya diakui, telah banyak mata dipulihkan, bahkan mata hati dibersihkan.