Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan berbentuk tunai yang diwujudkan khas untuk golongan yang memerlukan bagi meringankan sedikit kos sara hidup serta tanggungan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Disini, DigitalMukmin akan berkongsi kepada anda mengenai jumlah Bantuan BKM yang akan diterima oleh inidividu bujang pada tahun ini.
Kategori & Kadar Bantuan
Dibawah merupakan kategori dan jumlah bantuan yang akan diagihkan kepada Individu Bujang
Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
- RM350
- RM600
Syarat Kelayakan Untuk BKM Bujang
Dibawah disenaraikan syarat kelayakan untuk penerima BKM bujang:
- Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur adalah 21 – 59 tahun
- Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
Tarikh Pengkreditan BKM Bujang
Untuk maklumat, pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali dalam masa setahun.
Tarikh pembayaran akan bermula pada bulan Mac 2022.
Cara Mengemukakan Permohonan
Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM
Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/