Muat Turun Borang BKM 2022 BK-01 | Cara Kemaskini, Permohonan Baharu Secara Manual dan Online

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 ditubuhkan dengan objektif untuk membantu dan meringankan keluarga, isi rumah, bujang yang berkelayakan. Anda mesti tertanya-tanya tentang bagaimana cara untuk muat turun dan mengisi borang permohonan BKM 2022 bukan? Kami di DigitalMukmin akan berkongsi pautan tentang cara-cara, syarat kelayakan, pautan borang (kaunter dan online)


Tarikh Permohonan BKM 2022

Pendaftaran BKM 2022 telah dibuka sejak 01 Januari 2022 yang lalu dan akan berlanjutan hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan semasa).


Kelayakan Permohonan Baharu BKM 2022

Pemohon yang perlu membuat Permohonan BKM 2022 adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas COVID-19 (BKC); serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

Pemohon

  • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
  • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pasangan

  • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

Anak:

  1. Anak Kandung
  • Salinan MyKad / MyKid; dan
  • Salinan Sijil Lahir
  1. Anak Angkat
  • Salinan MyKad / MyKid; dan
  • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Muat Turun Borang Permohonan BKM 2022

Untuk permohonan baharu BKM menggunakan borang, anda seharusnya muat turun terlebih dahulu disini didapati secara percuma:

Borang Permohonan BKM BK-01 [1/2022]


Cara Mengisi Borang Permohonan BKM 2022

Setelah anda melakukan proses memuat turun borang BKM 2022, dibawah merupakan panduan untuk mengisi dan menghantar borang tersebut.

  1. Pastikan anda muat turun dan print borang permohonan BKM 2022. Sekiranya anda tidak dapat memuat turun borang tersebut, anda boleh dapatkannya di cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  2. Lengkapkan segala maklumat dan butiran yang diperlukan pada borang permohonan dengan betul dan tepat.
  3. Kemudian anda boleh menghantar Borang BKM 2022 yang telah diisi di kaunter-kaunter berikut:
  4. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  5. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
  6. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
  7. Anda juga boleh membuat penghantarn secara Pos ke alamat seperti berikut:

Peti Surat BKM,

GPO Shah Alam,

40800 Selangor

NOTA: Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. Setiap permohonan baru dan senarai penerima ada dalam sistem data LHDN online akan melalui proses verifikasi untuk menentukan samada anda layak lulus atau tidak.


Permohonan BKM 2022 Secara Online

Anda dinasihatkan agar melakukan Permohonan BKM 2022 secara Online bagi memudahkan urusan anda dan juga pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam proses permohonan anda.

Disamping itu, ianya juga dapat mengurangkan kehadiran orang ramai ke mana-mana kaunter LHDN yang terdekat dengan anda serta mengelak daripada tersebarnya virus Covid-19.

Berikut adalah cara permohonan online:

  1. Layari https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Permohonan Baharu
  3. Setelah berjaya log masuk, klik Kemaskini Permohonan
  4. Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *
  5. Klik Teruskan
  6. Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
  7. Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
  9. Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan

Jom Bantu Share Artikel Ini
×