MUET Pendaftaran 2019 & Kalendar – (MPM Portal) – Digital Mukmin akan kongsikan mengenai Peperiksaan MUET
Kepada calon yang bercadang untuk menduduki peperiksaan Malaysian English University Test (MUET) pada tahun 2019, ini merupakan panduan penting untuk anda. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan Kalendar Peperiksaan MUET 2019 yang mengandungi tarikh penting berkaitan dengan tarikh pendaftaran dan ujian MUET. Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree), adalah wajib bagi anda untuk lulus MUET dengan sekurang-kurangnya tahap 3 (Band 3).
KALENDAR PEPERIKSAAN MUET 2019 : TARIKH PENDAFTARAN DAN UJIAN LISAN (SPEAKING) & BERTULIS
Untuk makluman calon, peperiksaan MUET diadakan sebanyak 3 sesi didalam satu tahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November. Calon juga mempunyai pilihan untuk menduduki peperiksaan di luar waktu peperiksaan sesi 1, 2 dan 3 iaitu Muet On Demand (MoD).
Dibawah ini merupakan Kalendar Peperiksaan MUET 2019 sebagai panduan calon yang bakal mengambil peperiksaan MUET. Calon dinasihatkan supaya merujuk tarikh – tarikh penting agar dapat mengelakkan daripada terlepas sesi pendaftaran untuk setiap ujian. Calon juga perlu membuat semakan slip daftar MUET secara atas talian (online) sebelum anda hadir bagi menduduki peperiksaan. Permohonan bagi perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.
TARIKH PENTING MUET 2019
DIbawah ini merupakan tarikh penting yang dikongsikan dari Kalendar Peperiksaan MUET tahun 2019.
Sesi Mac 2019 (Sesi 1)
14 November 2018 : Tarikh Pendaftaran dibuka
9 Januari 2019 : Tarikh Tutup Pendaftaran
5, 6, 7, 11, 12 dan 13 Mac 2019 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
16 Mac 2019 : Tarikh Ujian Bertulis
Julai 2019 (Sesi 2)
20 Februari 2019 : Tarikh Pendaftaran dibuka
10 April 2019 : Tarikh Tutup Pendaftaran
18, 19, 20, 24, 25 dan 26 Jun 2019 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
29 Jun 2019 : Tarikh Ujian Bertulis
November 2019 (Sesi 3)
23 Mei 2019 : Tarikh Pendaftaran dibuka
10 Julai 2019 : Tarikh Tutup Pendaftaran
10, 11, 12, 17, 18 dan 19 September 2019 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
2 November 2019 : Tarikh Ujian Bertulis
MUATTURUN KALENDAR PEPERIKSAAN MUET 2019
Calon boleh memuat turun Kalendar MUET 2019 di MPM