MySTR Fasa Keempat akan diberikan lebih awal kepada orang ramai yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah. Seperti sedia maklum, STR merupakan salah satu inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah diperkenalkan pada tahun 2023.
MySTR Fasa 4
Kerajaan memaklumkan Sumbangan Tunai Rahmah fasa keempat akan dikreditkan pada suku ke-4 tahun ini iaitu pada bulan November. Bagi bayaran kali ini adalah fasa terakhir yang akan dibayar kepada mereka yang terlibat.
Penyediaan STR fasa 4 akan melibatkan 2 kategori utama yang telah pun menerima bayaran sehingga fasa 3 Jun lalu. Kategori isi rumah B40 dan M40 serta warga emas akan menerima bayaran fasa akhir nanti.
Bagi kategori bujang yang telah menerima bayaran sehingga fasa ketiga tidak akan terlibat dalam pembayaran fasa keempat. Jadual pembayaran akan diberikan antara Oktober, November atau Disember 2023.
KADAR BAYARAN FASA KEEMPAT MYSTR
Kadar pemberian STR fasa 4 adalah sehingga RM1,200 dan jumlah yang diterima bergantung kepada kategori dan bilangan anak tanggungan. Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori kelayakan.
KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)
Bagi kategori ini, untuk tiada anak (RM200), mempunyai tanggungan 1-2 orang (RM600), mempunyai tanggungan 3-4 orang (RM900) dan mempunyai 5 atau lebih anak (RM1,200).
ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)
Bagi kategori ini, tiada anak (RM0), mempunyai 1-2 anak (RM0), mempunyai 3-4 anak (RM300) dan mempunyai 5 atau lebih anak (RM500).
KATEGORI WARGA EMAS
Bagi kategori warga emas berumur 60 tahun ke atas akan menerima bayaran RM200 seorang.
SEMAKAN STATUS MYSTR
Bagi rakyat Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh menyemak status pembayaran secara online. Untuk semakan status, sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI
Info: Kaedah pengagihan bantuan tunai STR dijalankan dengan mengkreditkan terus ke akaun bank dan menebus tunai di cawangan BSN untuk kad bukan bank.
MAKLUMAT LANJUT
Selain MySTR, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif dalam bentuk bantuan yang ditawarkan kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak memohon – SEMAK DI SINI untuk maklumat lengkap.