MYTV ok? Mohon MYTV secara online dan semak kelayakkan anda sekarang! Digital Mukmin berharap agar anda layak dan berjaya dalam permohonan MYTV.
Siaran TV Digital bertaraf dunia Myfreeview? Bagaimanakah langkah langkah untuk mmebuat semakan sama ada anda layak ataupun tidak bagi mendapatkan decoder MYTV secara percuma? Dibawah ini akan dikongsikan langkah menyemak kelayakan mendapatkan MYTV secara atas talian (online). Untuk makluman, MYTV ini tidak perlu memohon kerana ianya dipilih dari kalangan 2 juta penerima terbawah dalam senarai BRIM dan berada di alamat yang mendapat liputan DTT. Anda boleh menyemak kawasan yang mendapat liputan MYTV/MYFREEVIEW
Senarai Kawasan Liputan Siaran MYTV/ MYFREEVIEW di seluruh negeri di Malaysia
SIARAN TV DIGITAL
Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan akan menutup siaran TV analog pada tahun 2018. Penduduk Malaysia perlu menggunakan siaran DTT atau siaran digital (satelit dan kabel) kerana jika tidak, anda tidak dapat menonton mana mana siaran televisyen selepas siaran analog dimatikan. Oleh itu, anda haruslah menyemak secara atas talian (online) samaada anda layak menerima decoder percuma MYTV ataupun tidak.
LANGKAH UNTUK MENYEMAK STATUS PENERIMAAN MYTV ATAS TALIAN (ONLINE)
- Layari Laman Web MYTV
- Cari Unit Dekoder Percuma di halaman kanan
- Masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang HANTAR
- Jika anda layak :-
Anda akan menerima Surat Notifikasi
Set Dekoder Percuma akan dihantar melalui Pos Malaysia sebelum akhir Mac 2019
LANGKAH UNTUK MENYEMAK STATUS PENERIMAAN MYTV SECARA SMS DAN HOTLINE
Selain semakan secara atas talian melalui laman web, anda juga boleh membuat semakan melalui khidmat SMS :-
Hantar MYTV Dekoder NoKP ke 15888
Anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1 300 80 6988 atau 1800 18 1088 untuk sebarang pertanyaan.
NOTA : Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi MYTV di Pusat Khidmat Pelanggan MYTV disebabkan jumlah panggilan yang tinggi, anda boleh menghantar mesej melalui Facebook MYTV, emel ke [email protected] atau Whatsapp/ SMS ke 0115 200 6988
SALURAN TV DIGITAL YANG DITAWARKAN OLEH MYTV
Berikut adalah senarai nama saluran beserta nombor saluran yang boleh ditonton :-
- TV1 (HD) 101
- TV2 (HD) 102
- TV Okey 110
- RTM Sports HD 111
- RTM Bes HD 123
- TV3 (HD) 103
- CJ Wow Shop (Melayu) 104
- CJ Wow Shop (Cina) 106
- NTV7 107
- 8TV 108
- TV9 109
- TV Al-Hijrah (HD) 114
- Bernama News Channel 121
Saluran Radio
Nasional FM 701
Traxx FM 702
Minnal FM 703
Ai FM 704
Klasik FM 705
Asyik FM 706
Apakah Televisyen Terestrial Digital (DTT)?
Menurut Laman Web MYTV, berikut dikongsikan apa itu DTT? Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off – ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO.
Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Projek ini merupakan salah satu agenda nasional bagi mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11. Sumber
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI MYTV
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
MYTV Broadcasting Sdn Bhd (897549-X)
2271, Jalan Usahawan 2,
Cyber 6, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Pusat Khidmat Pelanggan (8.00 pagi hingga 10.00 malam (Isnin hingga Ahad)
1800-18-1088