Syaitan dan jin juga mempunyai golongan dan tugas mereka tersendiri dan mempunyai pelbagai jenis .
Berikut adalah anatara16 nama syaitan dan tugas yang mereka lakukan bagi menyesatkan manusia terutamanya golongan Islam.
1. Yang pertama ialah Zalitun .Zalitun yang bertugas menyuruh manusia untuk melakukan keborosan .Sifat yang suka berbelnja tanpa had dan hanya memikirkan makanan dan minuman sahaja.
2. Kedua ialah Watin . Watin pula bertugas untuk mendekati orang yang sedang ditimpa musiba serta mengalami pelbagai masalah supaya mereka terus bersangka buruk kepada Allah.
3. Ketiga ialah A’awar. Manakala A’awar tugasnya pula menggoda golongan raja dan orang besar supaya mereka berkelakuan kezaliman, rasa takbur dengan jawatan yang disandang, serta membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat para ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelki yang dilihat menarik.
4. Keempat ialah Hafaf .Hafa pula tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.
5. Kelima ialah Murrah . Murrah pula bertugas mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga menganggu ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membaziri, yakin menggunakan banyak air untuk berwuduk.
6. Keenam ialah Masud . Masud pula berperanan menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, memfitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.
7. Ketujuh ialah Dasim . Dasim pula tugasnya memecahkan suami agar isteri suka bergadu dan akhirnya membuat penyelasaian dengan cara bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada merah yang membawah dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehinggah mudah bertengkar dan bermasam muka.
8. Kelapan ialah Walahan . Walahan bertugas menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khasnya ketika seseorang itu mengambil wuduk.
9. Kesembilan adalah Lakhus . Lakhus pula bertugas mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.
10. Kesepuluh adalah Sabrum . Sabrum pula tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.
11. Kesebelas Miswat/Maswat . Tugasnya mempercepatkan manusia untuk membuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.
12. Keduabelas ialah Zaktabur/Zaknabur/Zalanbur . Tugasnya pula menimbulakn raja ujub an taksub dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.
13. Ketigabelas ialah Khinzab . Khinzab berperanan menganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan menusia berasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.
14. Keempatbelas pula ialah Laqnis . Manakala Laqnis tugasnya mengnggu orang yang bersuci dan berwuduk sehinggah jadi ragu dan tidak sempurna.
15. Kelimabelas adalah Abyadh . Abyadh pula syaitan yang paling bert godaannya, paling buruk sikaapnya kerna tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.
16. Terakhir yang keenambelas Khannas . Khannas pula Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, Adanya perkara-perkara sam’iyat dan melahirkan hati manusia daripada menghianati Allah sepanjang masa.