Nasi Lemak – Resepi Lengkap (Chef) | masih tercari cari resepi nasi lemak yang lengkap? Digital Mukmin akan kongsikan resepi nasi lemak untuk anda semua.
Untuk makluman, nasi lemak merupakan antaramakanan yang paling popular di Malaysia. Bukan sahaja orang melayu, malahan orang cina dan india juga menyukai nasi lemak. Pada pandangan mata memang mudah sahaja untuk membuat nasi lemak. Tapi apabila mencuba untuk membuatnya dirumah pasti tak menjadi.
Dibawah ini akan dikongsikan langkah demi langkah untuk memasak nasi lemak :
LANGKAH – LANGKAH UNTUK MASAK NASI LEMAK YANG MUDAH DAN SEDAP!
BAHAN-BAHAN
3 cupak Beras
Halia (ditumbuk)
5 helai Daun pandan (digunting pendek)
1 kotak Santan
Garam secukup rasa
Minyak masak
LANGKAH – LANGKAH MEMASAK NASI
- BASUH DAN SUKAT BERAS
Ini adalah cara saya menyukat beras. Air perlu ikut paras beras. Sama seperti masak nasi putih juga.
Menurut gambar dibawah, beras saya lebih kurang 1 setengah ruas jari macam ni.
- SUKAT AIR
Apabila sudah menyukat beras, alihkan beras ke penapis lain. Kemudian isikan air mengikut paras beras.
Rujuk gambar dibawah. Beras yang disukat tadi 1 setengah ruas jari oleh itu sukatan air juga sama banyak.
- MASUKKAN SANTAN
Seterusnya, masukkan santan satu kotak. Jangan bazirkan santan yang dalam kotak tu. Masukkan sedikit air ke dalam kotak santan dan goncang-goncangkan. Tuangkan semula air ke dalam periuk.
- MASUKKAN HALIA
Seterusnya, masukkan halia yang dah diketuk lebih kurang seperti didalam gambar.
- MASUKKAN DAUN PANDAN
Masukkan 5 helai daun pandan yang dipotong kecil begini.
- PERASAKAN
Selepas itu perasakan dengan garam.
- MASUKKAN SEDIKIT MINYAK MASAK
Disebabkan beras yang saya guna adalah 3 cupak, jadi saya gunakan minyak masak lebih kurang 3 sudu besar. Minyak ini berfungsi untuk elakkan nasi lembik. Nanti hasilnya berderai elok sebiji-biji.
- TEKAN BUTANG ‘COOK’
Beginilah rupanya nanti bila dah masukkan semua bahan tadi. Seterusnya anda boleh letak di rice cooker dan tekan butang ‘cook’. Tapi jangan masukkan beras dulu.
Kita perlu tunggu air santan dan daun pandan semua itu menggelegak dulu supaya nasi lemak akan jadi wangi.
- MASUKKAN BERAS
Bila air santan dan daun pandan dah mula menggelegak, bolehlah masukkan beras yang dah dibasuh dan ditapis tadi.
- KACAU SETIAP 5 MINIT HINGGA MASAK
Bila dah masukkan beras, anda perlu kacau setiap 5 minit supaya semua nasi sekata dengan santannya. Kacau sehingga nasi masak.
CARA BUAT SAMBAL TUMIS
- KISAR
Mula-mula, kisarkan bahan bahan dibawah :
1 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Halia seinci
Belacan separuh tapak tangan (digoreng garing terlebih dahulu)
Ikan bilis segenggam (goreng dahulu)
- TUMIS
Lepas kisar, tumiskan bahan yang dikisar menggunakan minyak menggoreng ikan bilis tadi. Ikan bilis pun boleh masuk sama. Selepas bahan kisar sudah nampak garing, masukkan pula cili kering (yang dah siap direbus dan kisar) dalam 6-7 senduk. Kacaukan sehingga naik minyak. Guna api perlahan.
- PERASAKAN
Apabila sudah naik minyak, perasakan dengan garam (suku sudu besar), gula (6-7 sudu besar), pes asam jawa (suku sudu besar), gula perang / gula melaka (2 sudu besar). Gula perang ni fungsinya nak bagi sambal tu berwarna cantik @ merah pekat.
- TUNGGU MENDIDIH
Kalau nak terus makan, boleh tutup api apabila sambal dah mendidih.
Semasa sedang memasak sambal, anda boleh rebus telur sekali dekat sebelah.
Akhirnya dah siap! Sedia untuk dimakan