Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 untuk ahli, seperti yang diumumkan sebelum ini.
Ramai yang meluahkan rasa kesyukuran atas pengumuman Perdana Menteri tersebut dan berpendapat produksi khas itu selaras dengan kehendak dan keperluan rakyat ketika itu.
PERINCIAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000
Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.
Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.
Berikut dikongsikan sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebentar tadi.
Perincian Pengeluaran Khas maksimum RM10,000 KWSP:
- Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
- Tarikh permohonan online 1-30 April 2022
- Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
- Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50
- Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)
Maklumat Lanjut
Sementara itu, ahli juga digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.
Anda kini boleh membuat permohonan i-Akaun secara online.
Sila ikuti maklumat lanjut oleh KWSP tentang info selanjutnya tidak lama lagi.