Nasional: Tarikh Bayaran BKM Bagi Pengguna Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN)

Jom ketahui tarikh pengkreditan BKM untuk pengguna akaun Bank Simpanan Nasional (BSN). Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, para penerima BKM akan mendapat bayaran sebanyak RM100 ke RM300 berdasarkan kelayakan setiap individu.

 

Beliau berkata, ia meliputi sebanyak 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan juga 3.4 juta individu bujang.

 


TARIKH BAYARAN BAGI PENERIMA BANK SIMPANAN NASIONAL

 

Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), bayaran akan mula diterima pada:

  • 30 Mac 2022

Bayaran dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara. Menurut Ismail Sabri, BSN akan mengeluarkan panduan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.

 


KATEGORI PENERIMA BKM FASA 1 & JUMLAH BAYARAN

 

Kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah dan bujang adalah seperti berikut:

Kategori Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
  • Tiada anak: RM1,000 
  • 1 – 2 anak: RM1,500 
  • Anak melebihi 3: RM2,000

 

Kategori Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

  • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:
  • Tiada anak: RM600

 

Kategori Bujang

  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
  • Tiada anak: RM350

 


Menurutnya, isi rumah, warga emas dan individu bujang akan menerima bayaran pada 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022 yang akan terus dikreditkan ke akaun bank mereka.

 

“Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan.

“Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” ujarnya.

 

Untuk rekod, BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

 

Sumber: Astro Awani


Jom Bantu Share Artikel Ini
×