Padah!!!! Mengabaikan Teknik Angkat Berat Yang Betul.

Bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak untuk membina otot di gym, isu sebegini biasa dialami dimana seseorang itu tidak ada tenaga untuk mengangkat bebanan yang tinggi dan kemudian menyebabkan seluruh badan dan otot sakit teruk.

Menurut Pensyarah Kesihatan dan Kecergasan di Universiti Selangor (UNISEL), Wan Mohd Hakim Wan Ismail, individu ini digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan dari mereka yang pakar untuk membuat terlebih dahulu program latihan jangka pendek dan panjang.

“Kesilapan kecil boleh mengakibat kecederaan jangka panjang dan sekiranya tidak dirawat boleh mengakibatkan kecederaan yang kronik. Sekiranya mereka melakukan aktiviti ini secara berperingkat, impak positif dan efektif latihan ini dapat dilihat dengan berkesan dalam masa yang singkat.”

Tambah beliau, pemakanan yang rapi juga perlu digarapkan selari dengan objektif latihan kecergasan tetapi sebaiknya ikutilah nasihat dari pakar pemakanan yang bertauliah. Ramai dalam kalangan mereka yang mengambil makanan dan minuman tambahan tanpa mendapat nasihat pakar pemakanan, dan mengakibatkan kesan alergik, hipertensi dan kesan sampingan yang lain.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan Otot.

Secara ringkasnya, ada tiga faktor utama yang menyumbang;

  •  Saiz otot – lebih besar = lebih potensi untuk kuat.
  •  Sistem saraf yang lebih baik. Perlukan latihan dengan beban berat.
  • Teknik yang lebih baik. Penghasilan daya yang sama, tapi lebih pergerakan yang lebih efisien.

Jadi walaupun tiada pertambahan sebenar dari segi penghasilan daya oleh otot (kekal sama, tidak berubah), tetapi disebabkan penggunaan daya yang lebih efisien, lebih beban dapat digerakkan. Sebagai contoh, squat yang ‘off balance’ ke bahagian hadapan menyebabkan banyak beban terpaksa ditanggung oleh otot di bahagian lower back, dan daya yang dihasilkan oleh otot quadriceps terpaksa ‘dipindahkan’ menuju ke belakang (sepatutnya ke atas). Akibat daripada itu, sendi pinggul akan berada jauh dari beban, maka ‘moment arm’ yang lebih panjang terhasil.

Padah!!!! Mengabaikan Teknik Angkat Berat Yang Betul.

Dengan teknik yang lebih baik, moment arm di sendi pinggul akan pendek, daya dari quadriceps akan digunakan dengan baik, dan tiada pembaziran daya akibat pergerakan redundant di bahagian torso. Kalau anda ubah dari teknik yang tak efisien kepada teknik yang lebih efisien, mestilah boleh angkat bebanan yang lebih kan?


Jom Bantu Share Artikel Ini
×