Panduan Kemas Kini Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022

Untuk info pembaca, sebarang info mengenai Bantuan Keluarga Malaysia telah pun dikeluarkan untuk memudahkan anda sebagai penerima untuk fahami bagaimana proses Bantuan Keluarga Malaysia disalurkan kepada kita.

Ia bertujuan untuk memudahkan para penerima dan pemohon untuk membuat semakan permohonan atau pengemaskinian.

 

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 

Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih mudah dikenali sebagai BKM merupakan salah satau inisiatif kerajaan yang mensasarkan beberapa golongan seperti Golongan B40 yang kita sedia maklum sangat memerlukan bantuan kewangan untuk kos sara hidup dan beban yang mereka pikul.

Untuk maklumat tambahan, BKM telahpun menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sejurus sahaja pembentangan Bajet22 diumumkan dan terdapat beberapa perkara turut diubahsuai.

Untuk info lanjut mengenai BKM, boleh rujuk perkongsian dibawah.

 

PERMOHONAN BKM

Anda mesti tertanya-tanya, adakah perlu melakukan Permohonan Baharu BKM sekiranya anda merupakan penerima BPR dan BKC yang lalu?

Untuk menjawab persoalan tersebut, data-data penerima BPR, BKC dan data pemohon BPR yang tidak layak atas alasan GKP pada tahun 2021 yang lalu akan dibawa ke tahun 2022 secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Akan tetapi, sekiranya anda bukan penerima BPR atau BKC pada tahun 2021, anda perlu melakukan permohonan baharu untuk Bantuan Keluarga Malaysia ini.

 

KEMAS KINI BKM

Sesi kemas kini maklumat Bantuan Keluarga Malaysia turut disediakan untul para penerima yang sudah layak agar dapat mengubah maklumat seperti perubahan pendapatan atau maklumat akaun bank penerima.

Jika para penerima tidak mempunyai sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu bersusah payah untuk melakukan kemas kini permohonan.

 

TARIKH KEMAS KINI

Tempoh kemas kini maklumat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 boleh dibuat bermula:

  • 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022
  • Tertakluk kepada sebarang pindahan masa (jika ada perubahan).

 

CARA KEMAS KINI

Berikat ialah panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan untuk membuat kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022:

  1. Layari laman web BKM https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Log Masuk BKM untuk melakukan Kemas Kini Permohonan
  3. Seterusnya, masukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan
  4. Setelah berjaya log masuk, paparan Kemaskini Permohonan akan dipaparkan
  5. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon di ruang No. MyKad dan klik butang Semak. Kemudian lengkapkan butiran yang bertanda *
  6. Seterusnya, klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
  7. Isi kod Captcha dan klik Sahkan
  8. Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Pastikan semua maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang Perakaun Pemohon tersebut.
  9. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan.
  10. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak.
  11. Selesai

Semoga info yang kami bawakan ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa join Telegram Rasmi kami dibawah ini. TQ!


Jom Bantu Share Artikel Ini
×