Solat hari raya Haji / Qurban (Aidiladha) dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir
Khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai
Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Panduan Cara Menunaikan Sembahyang/ Solat Sunat Hari Aidiladha
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا/ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usalli sunnatan aidil adha rak’ataini makmuman / imaman lilla’hi ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum / imam kerana Allah Ta’ala
Tatacara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Rakaat Pertama
- Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
- Membaca doa iftitah
- Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
- Membaca surah al- Fatihah
- Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
- Lafaz Tasbih
Rakaat Kedua
- Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
- Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
- Membaca surah al-Fatihah
- Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
- Memberi salam