Panduan Pengeluaran & Semakan Status Pengeluaran Wang KWSP RM10,000 Secara One-Off Melalui Akaun 1

Pihak kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk meluluskan pengeluaran wang simpanan KWSP sebanyak RM10,000. Hal ini disebabkan ramai rakyat yang terjejas terus terutamanya dari segi ekonomi akibat penularan wabak COVID-19.

 

Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan untuk membuat pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekejra atau lebih dikenali sebagai KWSP melalui tiga skim.

 

Antara skimnya ialah i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar yang mana bernilai sebanyak RM101 billion. Skim ini melibatkan sejumlah 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara kita pada tahun lalu.

 


TARIKH UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN PENGELUARAN WANG KWSP

 

Kepada mereka yang ingin membuat permohonan untuk mengeluarkan amaun sebanyak RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ia akan mula dibuka pada 1 April ini dan berakhir pada hujung bulan depan. Ia juga terbuka kepada ahli yang berumur bawah daripada 55 tahun.

 


TARIKH PEMBAYARAN WANG KWSP

 

Kesemua tempoh pembayaran akan mula untuk dilaksanakan pada 20 April 2022.

 


CARA SEMAK BAKI AKAUN KWSP TERKINI

 

Berikut merupakan langkah-langkah untuk melakukan semakan baki KWSP terkini anda:

  • Anda diminta untuk log masuk ke dalam i-Akaun KWSP anda di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  • Kemudian, pergi ke ‘Menu Account’.
  • Seterusnya, klik pada ‘Penyata Tahun Semasa/Tahun Sebelumnya’.
  • Klik ‘View Details’.
  • Anda akan dipaparkan dengan paparan yang berikut:

 

 


JUMLAH PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

 

“Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan oleh ahli ialah sebanyak RM10,000 dan minimum sebanyak RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.”

 

“Sebarang maklumat lanjut akan di kemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.


KEPUTUSAN YANG SUKAR DEMI KEPENTINGAN RAKYAT SEJAGAT

 

Tujuan pihak kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 ini adalah untuk meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19.

 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia berkata, walaupun keputusan itu sukar untuk dilaksanakan, pengeluaran khas yang dibuat itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan yang mendesak hari ini dan simpanan pada masa depan.


KERAJAAN DENGAR KELUHAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA

“Berdasarkan kajian yang telah dilakukan secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, terdapat Keluarga Malaysia yang masih lagi terkesan disebabkan COVID-19 khususnya dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan mereka.”
“Kerajaan juga turut mendengar, meneliti dan mengkaji berkaitan dengan permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP,” katanya dalam sidang media khas, di sini hari ini.

Jom Bantu Share Artikel Ini
×