Hilang Sijil SPM? Panduan Untuk Tuntut Semula Secara Online – eLembaga Peperiksaan

Kita sedia maklum bahawa, mempunyai Sijil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan lain-lain lagi adalah komponen penting dalam mengemaskini borang pekerjaan atau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jika anda kehilangan dokumen-dokumen tersebut, amat sukar untuk anda membuktikan dan menunjukkan pencapaian anda.

Untuk anda yang kehilangan atau tercicir sijil keputusan PMR, SPM dan lain-lain lagi, anda boleh mendapatkan semula salinan keputusan dan terjemahan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

*Perkhidmatan ini telah dibuka untuk rakyat Malaysia secara atas talian sejak 1 Februari 2021 yang lalu.

 


PERMOHONAN SALINAN KEPUTUSAN DAN TERJEMAHAN PEPERIKSAAN

Dibawah merupakan panduan untuk mendapatkan salinan keputusan dan terjemahan.

  • Layari laman web E-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/
  • Klik bahagian Perkhidmatan.
  • Pilih Salinan Keputusan.
  • Kemudian anda boleh pilih salinan keputusan yang anda inginkan sama ada SPM, STAM (Rumi), SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, PMR, SRP dan LCE.
  • Kemudian isi No. Kad Pengenalan anda.
  • klik Papar Borang Permohonan.
  • Isi semua maklumat yang diperlukan dan
  • klik MOHON.
  • Selepas membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan anda di laman utama.

*Caj akan dikenakan bagi setiap permohonan salinan keputusan dan terjemahan.

 


TEMPOH PENGELUARAN SALINAN KEPUTUSAN DAN TERJEMAHAN

Berikut dikongsikan tempoh pengeluaran salinan pernyataan dan terjemahan setiap sijil.

  • SPM pada atau selepas tahun 1994 – satu (1) jam.
  • SPM pada atau sebelum tahun 1993 – tujuh (7) hari masa bekerja.
  • PMR pada atau selepas tahun 1998 – satu (1) jam.
  • PMR pada atau sebelum tahun 1997 – tujuh (7) hari masa bekerja.
  • Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari masa bekerja.

 


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh terus ke bahagian Pertanyaan & Aduan di https://elp.moe.gov.my/aduan 

Semoga maklumat ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.

Jom Bantu Share Artikel Ini
×