Pelakon & Seniman Yang Sangat Bernilai, Abu Bakar Omar Meninggal Dunia

Pelakon dan seniman yang disayangi tanah air, Haji Abu Bakar Omar, 73, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini. Berita pemergian pelakon itu dikongsikan anaknya, Mohd Zainuddin Abu Bakar di laman Facebooknya sebentar tadi.

Menurut anaknya, Zainuddin, ayahnya menghembuskan nafas yang terakhir pada 9.04 pagi tadi dan akan disolatkan selepas solat Jumaat. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah selepas solat Asar hari ini, katanya.

Dikemuliaan pagi Jumaat 4 Ramdhan 1442H bersamaan 16 April 2021 jam 9.04 pagi.Dengan sedih keluarga memaklumkan bahawa Ayahanda Kami Tuan Haji Abu Bakar Omar telah dijemput kembali ke Rahmatullah.

Jenazah akan diuruskan di No 7 Jalan Bukit Nyamuk Mukim Kurung Hitam Kuala Nerang dan solat Jenazah dijangka selepas solat Jumaat.

Jenazah akan disemadikan dan disolatkan sekali lagi Masjid Al Ghufran di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar Kedah selepas Solat Asar InsyaAllah..

Mohon doakan Ayahanda kami diampuni segala khilafnya dan semoga dia ditempatkan bersama para Solihin.

Bagi pihak keluarga kami memohon maaf atas segala salah silap Almarhum Ayahanda kami sepanjang hayat beliau bersama masyarakat warga nusa ini.

Sekiranya ada hutang piutang ayahanda…mohon sudi berhubung dengan saya di talian 016 2210340. Diberkati rahmat Allah selalu duhai Ayahanda… Kami akan sentiasa merinduimu..

Dari Allah kita datang…Kepada Allah kita kembali… Al-Fatihah


Jom Bantu Share Artikel Ini
×