Kredit E-Dompet RM100 akan dilaksanakan secara percuma tidak lama lagi untuk orang dewasa. Untuk pengetahuan umum, bantuan khas ini merupakan inisiatif yang diperkenalkan pada tahun ini.
PEMBERIAN KREDIT E-WALLET RM100
Kepada mereka yang terlepas, pada persidangan pelancaran ekonomi Madani baru-baru ini. Perdana Menteri telah memperkenalkan insentif khas berupa bantuan ewallet yang akan diberikan secara percuma pada penghujung tahun ini.
Seperti sedia maklum, sebelum ini pada bulan Jun kerajaan melancarkan bantuan ewallet yang dikenali sebagai ebelia rahmah. Menerusi program itu, insentif tunai bernilai RM200 diberikan secara percuma kepada kumpulan belia pelajar.
Berdasarkan kebimbangan kerajaan, ia bersetuju memberikan insentif kredit tunai kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas. Kadar pemberian kredit percuma telah ditetapkan pada RM100 seorang.
KRITERIA KELAYAKAN PEMBERIAN KREDIT E-WALLET RM100
Di bawah adalah beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan untuk mendapatkan kredit ewallet RM100 seperti berikut:
- Bantuan ini hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 21 tahun ke atas (Tahun Ini)
- Kategori B40 dan M40
- Pendapatan di bawah RM100,000 (setahun)
- Dewasa
TARIKH PEMBAYARAN KREDIT E-WALLET
Untuk makluman, kerajaan memaklumkan bantuan khas e-dompet bernilai RM100 ini akan diberikan pada bulan hadapan (Disember). Ia dijangka akan dilaksanakan pada awal atau pertengahan Disember.
- BAGAIMANA NAK TEBUS KREDIT E-WALLET RM100
- Untuk menyertai program ini dan mendapat kredit ecash percuma RM100, setiap individu hanya perlu membuat tuntutan melalui aplikasi edompet pilihan mereka. Program bantuan khas ini akan dilancarkan pada masa yang sama
- dengan eBeliaRahmah 2023.
Di mana pemohon hanya perlu menebus kredit RM100 melalui aplikasi e-wallet seperti Touch N Go ewallet, Grabpay, Setel dan sebagainya. Segala maklumat terkini berkaitan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif dalam bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang tersedia dan layak memohon – SEMAK DI SINI untuk maklumat lengkap.