Kini ahli boleh memohon untuk membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi minimum RM3,000 sehingga RM50,000 secara sekali sahaja. Program Kemudahan Sokongan Akaun KWSP 2 atau lebih dikenali sebagai FSA2 merupakan satu inisiatif yang telah dilaksanakan pada tahun ini.
Untuk makluman, program pembiayaan FSA2 ini akan dilaksanakan melalui 2 fasa. Kini permohonan untuk FSA2 fasa 1 telah dibuka kepada ahli yang layak.
Dengan adanya kemudahan FSA2 ini, ia dapat membantu pencarum yang ingin membiayai pengeluaran peribadi melalui institusi perbankan terbabit.
Simpanan dalam akaun 2 boleh digunakan untuk membayar kewangan peribadi ini melalui permohonan awal pengeluaran bersyarat. Permohonan pengeluaran KWSP FSA2 sebanyak RM3000 fasa 1 telah dibuka mulai April 2023.
KADAR PENGELUARAN FSA2 KWSP DIBENARKAN
Bagi ahli KWSP yang layak, pembiayaan pengeluaran KWSP melalui FSA2 dibenarkan pada kadar berikut:
- Minimum RM3,000
- Maksimum RM50,000
Jumlah pengeluaran yang boleh dibuat adalah tertakluk kepada baki simpanan setiap akaun 2.
KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP
Terdapat beberapa kriteria asas kelayakan yang telah ditetapkan oleh KWSP seperti berikut:
- Terbuka kepada ahli/pencarum KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
- Rakyat Malaysia
- Mempunyai jumlah deposit minimum dalam akaun 2 sebanyak RM3,000
- Permohonan boleh dihantar sekali sahaja
- Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
Info : Buat masa ini, institusi yang terlibat dalam mengeluarkan FSA2 ialah MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
CARA MEMOHON KWSP FSA2
Ahli yang layak kini boleh memohon secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Panduan lengkap cara mendaftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi KWSP FSA2 – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif terutama dalam bentuk bantuan yang telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan untuk rakyat yang memerlukan. Bagi yang terlepas, sila lihat senarai yang ada pada tahun ini dan layak untuk dapatkan – SEMAK DI SINI untuk rujukan umum.