Berikut merupakan serba sedikit maklumat Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Berikut adalah perincian untuk pengeluaran khas KWSP maksimum sehingga RM10,000:
- Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
- Tarikh permohonan bermula 1 April – 30 April 2022
- Pembayaran akan bermula pada 20 April 2022
- Jumlah pengeluaran minimum adalah RM50 sehingga maksimum RM10,000
- Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukup, simpan daripada akaun 1 akan diakses
Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau memlalui aplikasi mudah alih i-Akaun yang akan dibuka bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.
Semakan Status Permohonan
Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 di portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau melalui menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:
- Ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
- Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
- Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
Kaedah Pembayaran & Amaun Pengeluaran
Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment).
Amaun pengeluaran:
- Minimum: RM50
- Maksimum: RM10,000
- Amaun pengeluaran minimum RM50 dan Maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya dalam RM100 dalam akaun 1
- Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) bermula 20 April 2022.
- Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan
- Bayaran pengeluaran khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
Persediaan Kelancaran Urusan PengeluaranAhli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.
Pastikan:
- Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
- Baki simpanan KWSP disemak
- Nombor akaun bank adalah aktik (simpanan atau semasa)
- Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh melayari Facebook rasmi KWSP di https://www.facebook.com/KWSPMalaysia atau layari https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/