Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

Penggunaan Hand Sanitizer Beralkohol Di Masjid. Haram Atau Tidak?

by Ms Admin Wani
June 18, 2021
in Agama, Informasi, Isu Semasa, Panduan
Reading Time: 3 mins read
0
Penggunaan Hand Sanitizer Beralkohol Di Masjid. Haram Atau Tidak.

Terdapat masjid yang meletakkan pencuci tangan pada pintu masjid. Jadi, bolehkah menggunakan hand sanitizer ketika melakukan solat adakah ia dikira najis disebabkan ada alkohol di dalamnya?

PROMO - Unlimited Free Shipping dekat Shopee, rugi kalau tak guna shopee -> https://shope.ee/4pify0AhKC

Dalam melakukan ibadah solat, di antara syarat sah solat yang wajib dipatuhi adalah menghilangkan najis yang terdapat pada badan dan pakaian. Persoalan pada kali ini adalah untuk menjelaskan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) ketika hendak melakukan solat. Justeru sebaiknya kita membahaskan tentang apa yang terdapat pada kandungan dan bahan yang digunakan di dalam hand sanitizer (Pencuci tangan) itu sendiri.

Hand Sanitizer (Pencuci Tangan)

Penggunaan sanitizer adalah bertujuan untuk membunuh bakteria yang terdapat pada permukaan kulit. Ia juga merupakan bahan yang efektif dalam membunuh kuman dan bakteria berbanding mencuci tangan menggunakan air dan sabun.

Menurut garis panduan daripada Food and Drug Administration (FDA) setiap kandungan produk hand sanitizer yang dipasarkan mestilah mengandungi

  • Ethyl alcohol (ethanol)
  • Isopropyl alcohol (isopropanol)
  • Benzalkonium klorida sebagai bahan utama.

Selain itu, terdapat juga hand sanitizer yang menggunakan bahan selain daripada alcohol untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria seperti

  • Povidone-iodine
  • Triclosan.

Sukatan yang digunakan mengikut jenis bahan yang diletakkan di dalam hand sanitize (Pencuci Tangan). Mengikut World Health Organization (WHO) menetapkan garis panduan dengan menyatakan bahan kimia yang digunakan di dalam 10liter hand sanitizer mestilah mengandungi

  • 8333ml daripada 96% ethanol,
  • 417 daripada 3% hydrogen peroxide
  • 145 daripada 98% glycerol
  • 7515ml daripada 99.8% isopropyl alcohol
  • 417ml daripada 3% hydrogen peroxide
  • 145% daripada 98% glycerol.

Hukum Penggunaan Alkohol

Menuru jumhur ulama alkohol merupakan najis kerana ia termasuk di dalam cecair yang memabukkan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/183-184). Ini seperti hadis yang diriwayat oleh Ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW:

كُلَّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَأَنَّ كُلَّ خَمْرٍ حَرَامٌ

Maksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.”

Riwayat Muslim (2003)

Selain itu, Prof. Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari menyebut di dalam kitabnya menyatakan para ulama berselisih pandangan tentang sama ada arak najis atau tidak.

  • ulama bersepakat tentang arak adalah najis, tetapi mereka berselisih tentang sifat kenajisannya.
  • Segolongan ulama berpendapat arak merupakan najis dari segi ainnya.
  • Manakala menurut pendapat yang lain arak tidak najis dari segi ainnya. Sebaliknya najis dari segi maknawi iaitu tidak boleh diminum kerana ia merupakan sesuatu yang kotor sperti dadah dan seumpanya. (Lihat Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa, hlm. 598)

Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, sah sembahyang seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.”

Alkohol Menurut Pandangan Islam

Selain itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  • Setiap minuman arak mengandungi alkohol.
  • Bukan semua alcohol itu mengandungi arak.
  • Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
  • Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  • Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
  • Tapai halal dimakan.
  • Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
  • Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Kesimpulan

Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya.

Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa hand sanitizer (pencuci tangan) adalah bukan najis dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis. Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan. Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Channel Telegram info bantuan kerajaan

Related Posts

Bantuan Tunai Kerajaan RM350 Untuk B40 Dikreditkan Setiap Bulan - Permohonan Dibuka
Bantuan Kerajaan

Bantuan Tunai Kerajaan RM350 Untuk B40 Dikreditkan Setiap Bulan – Permohonan Dibuka

0
Bantuan RM100 Telah Dikreditkan
Bantuan Kerajaan

Bantuan RM100 Telah Dikreditkan Dalam Akaun Penerima

0
BWE : Pemberian Bantuan RM500 Sebulan Untuk B40
Bantuan Kerajaan

BWE : Pemberian Bantuan RM500 Sebulan Untuk B40

0
Tarikh Pembayaran Pencen Bulan November 2023
Bantuan Kerajaan

Tarikh Pembayaran Pencen Bulan November 2023

0
No Result
View All Result

Recent Posts

  • TERKINI : Jadual Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Bank Penerima Bermula Pada Hari Ini
  • Pihak KWSP Umum Berita Gembira Untuk Semua Pencarum
  • e-Madani RM100 Tuntut Disini
  • Bantuan Tambahan STR Fasa 4 RM600 Dikreditkan Bermula Hari Ini
  • STR 2024 : Tarikh Permohonan & Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1
  • TERKINI : Permohonan Bantuan Khas RM300 Sebulan Untuk Golongan ( B40 )
  • Bantuan Tunai RM2,700 Secara One-Off Akan Diberi Kepada Kategori B40, Ini Adalah Maklumat Penuh & Syarat Kelayakan
  • Kerajaan Setuju Beri Bantuan RM700 Tanpa Perlu Permohonan
  • Jadual Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Bank Penerima Bermula Hari Ini
  • Bantuan Tambahan Khas RM200 Untuk Bujang Seluruh Malaysia ! : Semak Sekarang
  • Rasmi : Bantuan RM100 Kini Telah Dikreditkan Kedalam Akaun Penerima
  • TERKINI : Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibuka Pada Tahun 2024
  • MY STR 2024 : Kadar Bayaran Fasa 1 Mengikut Kategori Penerima – Semak Sekarang
  • Ini Adalah Bayaran Fasa 1 STR 2024 – Semakan Kategori, Jumlah & Tarikh Bayaran
  • RM1000 Tambahan Buat Penerima STR Fasa 4

Categories

  • Agama
  • Bantuan Kerajaan
  • Informasi
  • Isu Semasa
  • Jawatan Kosong Kerajaan
  • KWSP
  • Panduan
  • Pelik Tapi Benar
  • Petua
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Uncategorized
  • Ustaz Azhar Idrus Ustazazhar.net
No Result
View All Result
  • (BKM) Tambahan RM500 Bagi Yang Layak ~ Semak Sini Segera !
  • KWSP – Pengeluran Khas Sempena AidilAdha RM10,000 Sehingga RM30,000
  • Privacy Policy

Copyright © 2023 DigitalMukmin.

×