Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.
Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
Berikut dikongsikan jumlah keseluruhan STR 2023:
Sementara itu, bagi mereka yang lulus rayuan STR Fasa 3 dan bukan penerima Fasa 1 & 2, bayaran STR Fasa 4 yang akan diterima adalah seperti berikut:
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:
Tarikh Pembayaran STR Fasa 4
Pembayaran STR Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023
Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
Makala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Semakan Status STR Fasa 4
Semakan status boleh dilakukan di portal rasmi STR https://bantuantunnai.hasil.gov.my/
Apakah itu STR Tambahan RM600 Atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif wang tambahan yang diperkenalkan kerajaan semasa pembentangan Bajet 2023.
Bantuan ini diberikan untuk membantu golongan miskin dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Hanya isi rumah di bawah golongan miskin tegar dan tersenarai dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak menerima STR Tambahan ini.
Bayaran RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan status STR Fasa 4, layari laman web STR di https://bantuantunnai.hasil.gov.my/ atau hubungi LHDNM terdekat atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747