Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

Perceraian memberi parut & kesan berpanjangan kepada anak

by Ms Admin Wani
July 29, 2021
in Agama, Informasi, Isu Semasa, Panduan
Reading Time: 3 mins read
0
Perceraian memberi parut & kesan berpanjangan kepada anak

Perceraian adalah parut yang memberi kesan berpanjangan pada kanak-kanak dan seluruh keluarga. Namun sewajarnya anda membiarkan anak-anak membesar dalam keadaan yang bahagia dan normal seperti kanak-kanak lain. Seharusnya anak-anak tidak terjejas dengan permasalahan ibubapa kerana anda tidak patut menghalang pertumbuhan mereka dan biarlah dia membesar dengan bahagia.

PROMO - Unlimited Free Shipping dekat Shopee, rugi kalau tak guna shopee -> https://shope.ee/4pify0AhKC

Kesan dan akibat perceraian kepada anak

Kurang minat pada pelajaran
Kesan psikologi disebabkan perceraian juga mengurangkan minat anak terhadap pembelajaran hingga mengalami penurunan drastik dalam gred sekolah mereka.

Perceraian memberi parut & kesan berpanjangan kepada anak

Atas sebab itu, ia menghalang prospek kerjaya pada mereka apabila dewasa kelak dan sukar mempunyai status sosioekonomi yang baik.

 Kebimbangan

Selepas perceraian, kanak-kanak boleh menjadi gugup, cemas dan takut sekaligus tumpuan pada pelajaran juga turut terjejas serta hilang minat pada aktiviti yang disukai sebelum ini.

Tekanan yang berterusan

Menurut Akademi Psikiatri Kanak-Kanak di Amerika, ramai kanak-kanak mengalami tekanan dek perceraian ibu bapa hingga mengambil tanggungjawab untuk perbaiki hubungan tersebut.

Perceraian memberi parut & kesan berpanjangan kepada anak

Perubahan mood yang tidak menentu
Kanak-kanak mungkin mengalami perubahan hati dan menjadi cepat marah meskipun berinteraksi dengan orang lain.Kadang-kadang mereka lebih suka berdiam dan membuat hal sendiri saja tanpa bercampur dengan orang sekeliling.

Kesedihan yang berpanjangan
Akibat dari perceraian ibu bapa juga, ia boleh mengganggu fikiran dan hati anak hingga membuatkan mereka bersedih kerana kehidupan yang dilalui tidak sama seperti rakan-rakan yang lain.

Penyalahgunaan bahan terlarang
Dadah dan alkohol menjadi jalan bagi remaja untuk melepaskan rasa kecewa di atas perceraian ibu bapa mereka.

Penyelidikan menunjukkan kejadian penyalahgunaan bahan terlarang lebih tinggi pada remaja yang ibu bapa mereka bercerai sekaligus merosakkan akhlak anak tersebut bila meningkat dewasa.

Perceraian memberi parut & kesan berpanjangan kepada anak

Masalah tingkah laku dan sosial
Kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih besar untuk berkelakuan ganas dan antisosial apabila ibu bapa bercerai.

Kajian menunjukkan kebanyakan kanak-kanak yang mengalami situasi ini memaparkan ciri-ciri sikap negatif seperti sukar untuk patuhi arahan dan salah laku sosial.

Kecewa dan mudah berputus asa
akibat perceraian bagi anak, perceraian, kesan perceraian, kesan perceraian terhadap anak, kesan perceraian ibu bapa, akibat bercerai, akibat bercerai pada anak, akibat bercerai pada kanak-kanak, bercerai, ibu bapa bercerai

Kanak-kanak yang membesar dengan perceraian juga boleh menyebabkan mereka mudah berputus asa dan kecewa kerana tidak mempunyai sokongan emosi dari ibu atau ayah.

Masalah dengan hubungan suami / isteri
Apabila kanak-kanak itu semakin membesar dan dewasa, kemudiannya berkahwin, mereka juga akan mengalami keraguan tentang cinta dan keharmonian dalam hubungan. Mereka juga cenderung memulakan hubungan dengan fikiran ke arah negatif.

Faktor dan reaksi kanak-kanak di atas perceraian ibu bapa

 Jantina
Perceraian menjejaskan kanak-kanak lelaki dan perempuan, tetapi dalam sesetengah kes jantina tertentu mungkin menunjukkan tindak balas yang lebih buruk berbanding yang lain.

Contoh kemurungan akibat perceraian adalah lebih tinggi berlaku pada kanak-kanak lelaki manakala kanak-kanak perempuan pula cenderung memiliki tingkah laku yang lebih buruk.

Kanak – kanak bawah umur enam tahun
Kanak-kanak masih muda untuk memahami perceraian kedua ibu bapanya, namun dia mungkin sedikit bingung mengapa ibu bapanya tidak lagi tinggal bersama.

Kanak-kanak di awal persekolahan

  • Mula memahami ada sesuatu yang tidak kena pada hubunga ibu dan ayahnya.
  • Tidak dapat membezakan antara tujuan perceraian itu.
  • Mungkin tidak mempunyai selera makan, hilang minat untuk bermain dan meminta ibu bapa kembali bersama seperti dahulu.

 Awal remaja

  • Mula mentafsikan perceraian.
  • Kehilangan minat untuk belajar.
  • Menunjukkan sifat pemarah atas perkara remeh temeh.
  • Menganggap dirinya sebagai punca perceraian dan cuba menyatukan semula ibu bapanya.

 Remaja

  • Memahami perceraian dan mempunyai bukti jelas kenapa ia terjadi.
  • Mereka mungkin merasa kecewa apabila melihat ibu bapa tinggal berasingan.
  • Berubah menjadi seorang yang pendiam akibat kekecewaan perceraian itu.
  • Menunjukkan tanda-tanda pada penyalahgunaan bahan seperti alkohol dan narkotik jika berlakunya pengabaian terhadap mereka.

Cara mengurangkan penderitaan kanak-kanak terhadap perceraian ibu bapa

  • Memberitahu anak-anak tentang perceraian yang berlaku supaya mereka tidak terkejut di kemudian hari.
  • Jangan merendah dan menyalahkan pasangan anda di hadapan anak-anak.
  • Pastikan anda menjaga kata-kata ketika bertutur dengan anak-anak.
  • Ibu bapa harus terus terlibat dengan pembesaran mereka supaya dia membesar menjadi seorang anak yang soleh, baik dan sihat.
  • Jelaskan kepada mereka bahawa keputusan anda itu tidak mempengaruhi kehidupan mereka.
  • Jangan biarkan perceraian menganggu rutin anak anda setiap hari seperti bermain, belajar, bersukan dan lain-lain.
  • Banyakkan luang masa bersama anak supaya dia tidak rasa berjauhan dengan kedua ibu bapanya.
  • Jangan berebut hak penjagaan anak tetapi berbincang secara baik.
  • Tidak melarang anak berjumpa ibu atau ayahnya jika anda mempunyai hak penjagaan sepenuhnya dari mahkamah.
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Channel Telegram info bantuan kerajaan

Related Posts

"Suami Dah Bawa Motor Sehabis Baik" Rider Terduduk Balik Rumah , Tenung Sebiji Kek Pelanggan Reject. Duit Terbang Bayar Refund .
Isu Semasa

“Suami Dah Bawa Motor Sehabis Baik” Rider Terduduk Balik Rumah , Tenung Sebiji Kek Pelanggan Reject. Duit Terbang Bayar Refund .

0
Suami Hadiahkan Seekor Kuda, Intan Najuwa Dapat Seekor kuda sempena hari lahir
Isu Semasa

Suami Hadiahkan Seekor Kuda, Intan Najuwa Dapat Seekor kuda sempena hari lahir

0
“Kau nak cuba menggatal dengan laki aku ke apa? Tak panas ke korang jiran duduk seorang diri sebeIah rumah kau lagi tu cuba nak try laki kita sendiri”
Isu Semasa

“Kau nak cuba menggatal dengan laki aku ke apa? Tak panas ke korang jiran duduk seorang diri sebeIah rumah kau lagi tu cuba nak try laki kita sendiri”

0
Hamil 7 bulan tapi masih ligat menari, ramai bimbang Ayda Jebat terberanak atas pentas
Isu Semasa

Hamil 7 bulan tapi masih ligat menari, ramai bimbang Ayda Jebat terberanak atas pentas

0
No Result
View All Result

Recent Posts

  • TERKINI : Senarai Penerima Bantuan Kewangan RM1500 Dibayara Pada Bulan Ini – Semak Sekarang
  • Pengeluaran KWSP RM10,000 Kini Dibenarkan Oleh Kerajaan – Semak Sekarang
  • MySTR Fasa Keempat : Akan Diberikan Lebih Awal Kepada Rakyat
  • Bantuan SARA 2023 – Semakan Status & Tarikh Bayaran RM600
  • Bantuan Suri Rumah RM480 Telah Mula Dikreditkan Hari Ini
  • Tarikh Pemabayaran Gaji September 2023 Penjawat Awam ( Semak Sini )
  • Senarai Kategori Penerima Bantuan Sebanyak RM 900 Dan RM 1200 : Semak Kelayakan Sekarang
  • TERKINI : Bantuan RM500 Sebulan Untuk Warga Emas (BWE) – JKM
  • Bantuan Lesen Motor Dan Kereta Percuma Untuk Rakyat Malaysia : Mohon Sekarang
  • Semakan Status Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Mengikut Bank
  • Semakan Status Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Mengikut Bank
  • STR Tambahan : Bayaran RM600 Kini Telah Dikreditkan Berperingkat – Semak Kelayakan Anda
  • TERKINI : CEO KWSP Benarkan Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 1 & 2
  • MySTR : Semakan Kadar Bayaran Fasa Ke 4 Mengikut Kategori
  • E-Dompet : Bantuan Istimewa E-Tunai RM100 Untuk M40 & B40 – Mohon Sekarang

Categories

  • Agama
  • Bantuan Kerajaan
  • Informasi
  • Isu Semasa
  • Jawatan Kosong Kerajaan
  • KWSP
  • Panduan
  • Pelik Tapi Benar
  • Petua
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Uncategorized
  • Ustaz Azhar Idrus Ustazazhar.net
No Result
View All Result
  • (BKM) Tambahan RM500 Bagi Yang Layak ~ Semak Sini Segera !
  • KWSP – Pengeluran Khas Sempena AidilAdha RM10,000 Sehingga RM30,000
  • Privacy Policy

Copyright © 2023 DigitalMukmin.

×