Berita terkini untuk orang awam! Seperti yang diketahui ,kita perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis untuk pergerakan baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan tujuh daerah di negeri ini yang berkuatkuasa pada hari ini.
Datuk Shafien Mamat yang merupakan Ketua Polis Kelantan, berkata jika masih menggunakan surat kebenaran sebelum ini, pihaknya bimbang akan berlaku salah guna daripada pihak tak bertanggungjawab seperti yang telah viral sebelum ini.
“Untuk surat yang masih sah, kami nasihatkan agar mereka mendapatkan surat yang baharu kerana ia hanya berbentuk salinan dan bukannya asal, kami khuatir akan ada pihak yang mengambil kesempatan lagi,katanya”
“Mungkin pihak yang akan menggunakan borang lama ialah seperti perniagaan, kita benarkan sebab untuk menjana ekonomi,katanya lagi’