Bantuan e-Dompet – Ringkas. Kerajaan negeri sedang meneliti data yang dikumpul melibatkan mereka yang terjejas sepanjang serangan Covid-19 ke atas negara kita di Malaysia.
Justeru, kerajaan negeri telah merangka strategi dan skim program yang boleh diberikan bantuan kepada rakyat yang layak dibantu untuk terus bangkit selepas pasca Covid 19.
Salah satunya melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Sejahtera (BINGKAS) yang melibatkan pemberian Bantuan e-Dompet sebanyak RM300 sebulan kepada isi rumah yang layak.
“Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan bajet Selangor 2023.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang bantuan e-wallet ini.
Syarat Kelayakan untuk Bantuan e-Dompet
Malaysia
Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
Pengundi berdaftar di negeri Selangor
Keluarga dengan tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasar raya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.