Terkini : Cara Mohon Bantuan Lesen Keluarga Malaysia Untuk Keluarga B40 Tahun 2022

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mewujudkan satu program bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhususkan kepada golongan B40 untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2 (Motorsikal).

 

Untuk makluman anda, BLKM adalah sebuah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Program CSR ini pertama kali dilaksanakan sejak tahun 1990an lagi menerusi Program ‘JPJ Bersama Rakyat‘ sebelum ditukar nama kepada ‘Program Satu Komuniti Satu JPJ‘ dan ‘Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin‘.

 

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan BLKM ditujukan untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

 


Diskaun Bayaran Lesen

Menerusi bantuan ini, mereka yang layak hanya dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang dengan menghadiri kursus singkat.

Bayaran ini lebih murah berbanding kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa berjumlah RM750 seorang.

 


Syarat Kelayakan Permohonan

Penerima bantuan ini akan melalui tapisan yang dilakukan oleh JPJ bagi memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Tiada kecacatan fizikal
  • Tidak disenarai hitam JPJ atau polis
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu kenderaan.

 


Cara Membuat Permohonan

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan lagi mengenai cara membuat permohonan bantuan ini. Sebarang info akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BLKM, sila layari laman rasmi MOT di https://www.facebook.com/motmalaysia


Jom Bantu Share Artikel Ini
×