Bantuan Warga Emas ini merupakan satu langkah diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKM) sebagai tanda memperingati golongan warga emas samada yang memerlukan ataupun tidak.
Dalam pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan kadar kenaikan amaun Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua dari RM350 ke RM500.
Objektif bantuan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk meringankan beban warga emas untuk melangsungkan hidup harian dalam masyarakat.
Kami di DigitalMukmin akan berkongsi kepada anda mengenai info lengkap dan cara untuk memohon bantuan ini. Jom ikuti perkongsian dibawah.
Kadar Bayaran Bantuan
Amaun yang bakal diterima untuk mereka yang layak dalamBantuan Warga Emas (BWE) ini adalah sebanyak RM500 sebulan untuk setiap tahun.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan khusus bantuan ini:
-
- Warganegara yang tinggal di Malaysia.
- Warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas sahaja.
- Pendapatan hendaklah tidak melebihi PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan).
- Tidak tinggal di institut kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pusat jagaan harian.
- Atau mana-mana kes yang berkeperluan akan dipertimbangkan dengan kelulusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKM).
Cara Untuk Memohon
Bagi permohonan bantuan kewangan RM500 ini perlu dibuat di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di setiap negeri di Malaysia.
-
- Sila muat turun, cetak sert isi borang JKM di pauatn berikut:
- Sila bawa dokumen sokongan dan salinan kad pengenalan pemohon, suami/ isteri / ibu /bapa / anak yang tinggal bersama.
- Bawa juga salinan sijl kelahiran anak-anak atau ahli keluarga lain yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada) serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
- Hadir ke pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di kawasan berdekatan anda.
Untuk alamat pejabat JKM Negeri, sila klik pada pautan berikut: klik DISINI
Untuk alamat pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah: klik DISINI
Semakan Permohonan
Anda boleh membuat semakan permohonan di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi JKM di talian tertera:
Telefon: 03-8000 8000
Soalan Lazim
1. Berapakah bantuan kewangan untuk warga emas JKM?
-
- Mereka yang layak akan menerima RM500 bulan.
2. Apakah syarat kelayakan?
-
- Warganegara yang tinggal di Malaysia dan berpendapatan tidak melebihi PGK.
3. Bagaimanakah cara permohonan?
-
- Sila muat turun dan isi borang yang disediakan. Kemudian hadir ke pejabat JKM berdekatan.