Permohonan eWallet RM100 : Bantuan Kredit e-Tunai B40. Kerajaan bersetuju menawarkan kredit tunai RM100 kepada semua warga dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.
Kerajaan akan menunaikan janji bantuan e-dompet RM100 kepada penerima yang layak Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.
“Bantuan e-dompet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan menunaikan janji,” katanya kepada Bernama, 19 Oktober 2023.
Syarat Pemberian Kredit eWallet RM100 Madani
Menerusi kenyataan sebelum ini, kerajaan bersetuju menawarkan kredit tunai sebanyak RM100.
Bantuan itu akan diagihkan kepada semua warganegara Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
“Jumlah penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta orang termasuk kumpulan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua orang dewasa di negara ini.
Bantuan ini akan diberi keutamaan kepada mereka yang berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.
Permohonan eWallet RM100
Perdana Menteri berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta orang berumur 21 tahun ke atas termasuk kumpulan B40 dan M40.
Katanya, inisiatif e-tunai untuk golongan dewasa diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.
Melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua warga dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Baca Juga:
Bantuan STR Tambahan (SARA) RM600 Dikreditkan Mulai Hari Ini
Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 1 & 2 Dibenarkan Oktober Ini
“Jumlah penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta orang termasuk kumpulan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Tarikh Penebusan
Kredit tunai RM100 kepada orang dewasa yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun akan dilaksanakan pada Disember 2023. – Steven Sim