Nasional: Rayuan BKM Secara Online Untuk Mereka Yang Tidak Berjaya

PERMOHONAN RAYUAN BKM ONLINE (BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022)

Seperti yang dimaklumkan oleh Kerajaan, Bantuan Keluarga Malaysia BKM akan mula dibayar bermula 28 Mac 2022 bagi peneirma yang mempunyai akaun bank.

Bagi penerima yang tiada akaun bank, bayaran akan disalurkan mulai 30 Mac 2022.

Bayaran sebanyak RM100 sehingga RM300 akan diterima berdasarkan kelayakan mengikut kategori yang ditetapkan.

Pemberian bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.

 

 


Permohonan Rayuan BKM

Untuk makluman, bagi mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia, atau mendapat status TIDAK LULUS BKM, anda boleh membuat rayuan.

Permohonan rayuan akan dibuka secara atas talian (online) bermula 2 Mei 2022.

Sila ke pautan berikut untuk permohonan: https://bkm.hasil.gov.my/

Sila pastikan anda menyediakan dokumen yang lengkap untuk proses semakan semula oleh LHDN.

 


Saya ingin melakukan semakan pada MyBKM dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran Fasa 1 BKM 2022 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?

Anda boleh membuat semakan status kelulusan mulai 28 Mac 2022 pada MyBKM > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa 1.

Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:

  • Nombor Pengenalan Akaun dikredit
  • Nama Penerima
  • Fasa Pembayaran
  • Jumlah dikredit
  • Status Kredit
  • Nama Bank
  • Nombor Akaun Bank

 


Bilakah tarikh rayuan BKM?

Permohonan rayuan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 selama 1 bulan.

 


Bagaimana cara membuat rayuan BKM?

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web https://bkm.hasil.gov.my/

 


Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

 

1. Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati
    syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

3. Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
    anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jom Bantu Share Artikel Ini
×