Pusat Darah Negara (PDN) merayu kepada orang ramai untuk menghadirkan diri menderma darah di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak.
PROMO - Unlimited Free Shipping dekat Shopee, rugi kalau tak guna shopee -> https://shope.ee/4pify0AhKC
Menerusi ucapan di Twitter, penderma darah yang beragama Islam boleh menderma selepas berbuka puasa dan penderma bukan Islam diseru untuk hadir menderma sepanjang bulan Ramadan ini.
“Makanan berbuka disediakan untuk penderma darah utuh yang menderma,” kata PDN menerusi ucapan itu.
Tidak cuma itu, anda juga membawa kelengkapan sendiri seperti sejadah dan telekung.
Bagi sesiapa yang berhasrat untuk menderma darah, anda boleh ke PDN Jalan Tun Razak pada setiap Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi hingga 9 malam) dan pada hari Sabtu dan Ahad atau cuti umum (8 pagi hingga 4 petang)