Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif dilancarkan oleh pelbagai kementerian atau jabatan kerajaan mengikut mandat dan kumpulan sasar masing-masing.
Perkara yang sama berlaku dengan Belanjawan 2023 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.
Bantuan yang diperkenalkan dalam Bajet 2023 termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR):-
STR Fasa 4
Difahamkan, bayaran STR untuk fasa 1,2 dan 3 telah dikreditkan pada bulan-bulan yang lepas. Dan sekarang ramai yang menanti untuk fasa yang baru iaitu Fasa 4 yang dijangka akan dikreditkan bulan November ini.
Bergantung kepada kategori dan pendapatan penerima, jumlah bayaran adalah antara minimum RM200 hingga maksimum RM1200.
Baca Juga :
Bayaran untuk fasa 3 telah dimasukkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat mulai 26 Jun 2023. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun bank mereka tidak aktif, pengeluaran tunai boleh dibuat melalui cawangan Bank Negara (BSN) yang berhampiran.
Alasan Tidak Lulus STR
Berikut adalah alasan dan kod kenapa anda tidak lulus permohonan STR untuk fasa 3 ini :
Apa perlu buat jika tidak lulus? Jika tidak lulus, sila buat permohonan semula atau rayuan STR.
Cara Rayuan STR
Untuk buat rayuan, permohonan telahpun ditutup. Kerajaan telah mengemukakan rayuan STR selama sebulan, yang akan dibuka dari 3 Julai hingga 31 Julai 2023 yang lalu.
- Mohon secara dalam taluan di portal rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Atau sila hantar borang rayuan ke kaunter LHDNM yang berdekatan.
Kaedah rayuan boleh difailkan secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR atau dengan menghantar borang kertas ke pejabat LHDNM berhampiran.