Ramai Yang Alami Permohonan RM10,000 KWSP Ditolak? Ketahui Sebab Utama Mengapa Ianya Berlaku.

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.

 


Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

 

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
  • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

 


Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran Pengeluaran Khas?

 

Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

 

Ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 adalah seperti berikut:

 


Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

 

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.

 


Sebab Utama Ramai Tidak Lepas Permohonan RM10,000 KWSP

 

Ramai pencarum yang tidak dapat memohon permohonan RM10,000 KWSP. Menurut laman web pengeluaran khas, menjelaskan permohonan tidak dapat diteruskan kerana baki dalam akaun kwsp kurang daripada RM150.

 

Sebab utama anda tidak layak adalah baki di dalam akaun KWSP tidak mencukupi dan tidak melepasi syarat yang telah ditetapkan.

 

Anda tidak layak kerana ahli perlu untuk mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun 1 serta baki akaun 2 kurang daripada RM50.

 


Bilakah bayaran Pengeluaran Khas mula dibuat?

 

Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022.

 


Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

 

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).

 


Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?

 

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

 

Peringatan:

  • Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  • Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  • Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  • Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  • Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

 


Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

 

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  • i-Akaun (Ahli)
  • Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun
  • Kios KWSP

 


Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan Pengeluaran Khas?

 

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:


Jom Bantu Share Artikel Ini
×