(RASMI) 2 Kategori Pengeluaran Khas KWSP Kini Diluluskan ~ Semak Sini !

Tahukah anda, sebenarnya terdapat banyak situasi yang membolehkan seseorang membuat permohonan pengeluaran KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2 tanpa perlu menunggu pengumuman Kerajaan seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Bagi memudahkan ahli KWSP membuat persiapan persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan 2 kategori khas pengeluaran KWSP daripada simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berkaitan persaraan selaras dengan polisi KWSP sedia ada.

Di sini kami kongsikan beberapa jenis pengeluaran separa dan pengeluaran penuh yang boleh dipohon oleh ahli, mengikut info dari laman web rasmi KWSP.

Terdapat dua kategori pengeluaran KWSP yang dibenarkan iaitu:

Pengeluaran sebahagian KWSP
Pengeluaran penuh KWSP

Kriteria Pengeluaran Sebahagian KWSP

1) Pemohon berumur 50 tahun.

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun.
  • Memiliki simpanan Wang KWSP

2) Tujuan untuk membina rumah

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Bawah 50 tahun.
  • Ahli mesti mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
  • Ahli/rakan kongsi akan membeli tanah dan membina rumah di atas tanah tersebut.
  • Pinjaman mesti diluluskan oleh pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri ahli.
  • Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjual atau melupuskan hak milik. Perjanjian
  • Membina Rumah hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.

3) Perumahan fleksibel

  • Warganegara dan Penduduk Tetap (PR).
  • Berumur bawah 54 tahun. Membeli ATAU Membina rumah kediaman.
  • Ahli mempunyai pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf oleh KWSP.

4) Kesihatan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan (Keperluan tambahan).
  • Penyakit ATAU Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP.
  • Pemohon tidak menerima rawatan alternatif.

5) Pendidikan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
  • Ahli masih menyambung ATAU telah menamatkan pengajian di peringkat diploma atau setaraf.
  • Ahli sedang belajar di institusi domestik (program sepenuh masa, separuh masa, jarak jauh dan francais) ATAU institusi luar negara (program sepenuh masa).
  • Ahli ATAU Anak ahli yang berhenti ATAU gagal ATAU tidak tamat ATAU menarik diri daripada pengajian dibenarkan (ini adalah untuk menjelaskan semua tunggakan kepada
  • Institusi
  • Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun selepas tamat pengajian; dan menjelaskan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP).

6) Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Di bawah umur 55 tahun.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
  • Ahli telah membeli ATAU membina rumah kediaman.
  • Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah (Untuk pengeluaran Individu sahaja). Rumah ahli telah dituntut sebagai cagaran.
  • Ahli masih mempunyai baki pinjaman rumah daripada institusi yang dibenarkan.
  • Permohonan dibuat setahun sekali dari tarikh permohonan sebelumnya.
  • Pinjaman yang telah diluluskan oleh institusi yang diberi kuasa.

7) Perumahan PR1MAWarganegara sahaja.

  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli adalah pembeli rumah PR1MA.
  • Ahli mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF).
  • Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Telah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi telah menjual dan melepaskan hak milik harta tersebut.8) Simpanan
  • melebihi RM 1 juta
  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli hendaklah mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP.

9) Beli rumah

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
  • Ahli membeli rumah kediaman.
  • Pinjaman mesti diluluskan daripada pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri.
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya ATAU melupuskan pemilikan.

10) Ansuran bulanan pinjaman perumahan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2.
  • Ahli membeli ATAU membina rumah kediaman.
  • Ahli masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
  • Ansuran bulanan bayaran perumahan telah bermula.

11) Haji

  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli telah dipilih untuk menunaikan haji oleh LTH (Lembaga Tabung Haji).
  • Ahli tidak pernah memohon pengeluaran haji.
  • Simpanan di LTH (Lembaga Tabung Haji) tidak mencukupi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang e-Pengeluaran KWSP, sila rujuk info rasmi di laman web KWSP melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran KWSP, sila hubungi :

Telefon : 03-8922 6000
Faks : 03-8922 6222
Laman Web KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Masa Operasi KWSP : Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor


Jom Bantu Share Artikel Ini
×