Rasmi: Bantuan Am Negeri berjumlah RM100 sehingga RM350 diberikan setiap bulan kepada warganegara yang layak yang memerlukan. Untuk makluman, program inisiatif khas berbentuk bantuan ini telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini.
RASMI: BANTUAN AM NEGERI (BULANAN)
Pelbagai jenis bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Salah satu insentif yang boleh dipohon ialah melalui skim bantuan kebajikan yang disediakan pada tahun ini.
Jabatan Kebajikan Masyarakat menguruskan sepenuhnya program bantuan khas dalam skim bantuan kebajikan. Bagi mereka yang terlepas pandang, pelaksanaan bantuan am negeri ini bertujuan membantu golongan sasar untuk terus hidup dalam masyarakat.
KADAR BANTUAN AM NEGERI
Kadar bantuan melalui program bantuan am ini adalah dari RM100 hingga RM350 setiap keluarga. Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif ini secara automatik setiap bulan.
Insentif ini diberikan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. Kadar mungkin berbeza mengikut negeri pemohon, tetapi ia akan diberikan pada setiap bulan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Terdapat beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan untuk program bantuan khas ini seperti berikut:
Terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk negeri yang berkenaan
Pendapatan bulanan isi rumah (keluarga) tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan, purata kandungan miskin
- Kumpulan daripada golongan yang memerlukan dan miskin tegar yang tidak dilindungi di bawah mana-mana skim bantuan lain daripada JKM.
- PANDUAN PENDAFTARAN PERMOHONAN
- Ramai yang tidak tahu tentang bantuan khas yang diselia oleh JKM. Untuk pengetahuan umum, mereka yang berkelayakan dan kurang berkemampuan boleh mengemukakan permohonan bantuan am pada tahun ini.
Panduan cara mendaftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi JKM eBantuan – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif dalam bentuk bantuan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai geran yang tersedia tahun ini dan layak memohon – SEMAK DI SINI untuk rujukan.