Tahukah anda Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau dikenali sebagai KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran. Setiap ahli yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengeluarkan wang mereka melalui akaun 1 dan akaun 2.
Kemudahan e-pengeluaran ini boleh dilakukan secara dalam talian pada bila-bila masa sepanjang tahun. Terdapat 2 jenis pengeluaran yang dibenarkan iaitu pengeluaran sebahagian atau penuh.
KWSP JENIS KEMUDAHAN E-PENELUARAN
Berikut dikongsikan maklumat mengenai 2 jenis pengeluaran yang boleh dilakukan pada tahun ini.
PENGELUARAN PRA-PERSARAAN
- Perumahan (Beli rumah, bina rumah, ansuran bulanan pinjaman rumah dan selesaikan baki pinjaman perumahan)
- Simpanan melebihi jumlah 1 juta
- Pendidikan
- Kesihatan
- Mencapai usia 50 tahun
PENGELUARAN PERSARAAN
- Dividen tahunan
- Umur 55 tahun
- 60 tahun
SYARAT KELAYAKAN KWSP
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk e-pengeluaran KWSP seperti di bawah:
- Warganegara ahli KWSP
- rakyat Malaysia atau pemastautin tetap
- Syarat kelayakan mestilah mengikut syarat pengeluaran semasa
- Permintaan pengeluaran tidak melebihi jumlah maksimum
- Pembayaran dengan mengkreditkan terus ke akaun semasa/simpanan ahli atau ke akaun
- bank rakan kongsi strategik KWSP
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
Bagi ahli yang memerlukan dan layak, permohonan e-withdrawal boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan langkah demi langkah cara memohon telah disediakan, sila ke laman rasmi e-pengeluaran KWSP – DI SINI
Info: Kemudahan pengeluaran khas ini tidak membahayakan ahli. Contohnya, pengeluaran untuk tujuan perumahan, ini kerana ia adalah sebahagian daripada aset yang bernilai untuk jangka masa panjang ahli.
SALURAN PERMOHONAN
I-Account (Ahli): Penyumbang yang berdaftar sebagai pengguna i-account boleh memohon dalam talian
I-Account (Rakan Niaga): Ahli perlu hadir ke premis rakan niaga KWSP untuk membuat permohonan secara online.