Rasmi Penerima Bantuan Tunai RM800

Senarai Penerima Bantuan Tunai sehinga RM800. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dilaksanakan setakat ini akan diteruskan di bawah kerajaan campuran.

Fasa pertama dan Fasa kedua bantuan tunai ini telah pun diagihkan pada bulan-bulan yang lalu.

Rakyat kini menantikan Fasa 3 STR di mana pembayaran itu akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion.

“Saya harap pembiayaan awal ini dapat membantu meringankan beban rakyat ketika ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023.

Baca Juga : Bantuan eWallet RM300

Join Group Whataspp

STR Fasa 3

Mengikut Bajet 2023 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2023, Program Bantuan Keluarga Malaysia akan diteruskan pada tahun 2023.

Jumlah Pembayaran Bantuan Tunai Fasa 3

Berikut adalah senarai penerima yang layak menerima bantuan tunai sehingga RM800. Semak kategori anda di bawah :

KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM300
1-2RM400
3-4RM600
5 dan lebihRM800
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 – RM50000RM0
1-2RM150
3-4RM200
5 dan lebihRM250
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM200
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM150
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM150

Tarikh Pembayaran STR Fasa 3

Tarikh pembayaran sumbangan tunai Rahmah Fasa 3 ialah Julai 2023.

Cara Semakan Fasa 3 STR

Untuk kemas kini maklumat peribadi dan membuat semakan STR, sila berbuat demikian secara online di Kemaskini STR.

Semakan status boleh didapati melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

  1. Klik Log Masuk MySTR
  2. Masukkan nombor MyKad pemohon
  3. Pengesahan Kata Laluan Keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan:
    – Nama pemohon
    – Nombor MyKad pemohon
    – status permohonan
    – Maklumat pembayaran fasa 1 (jika layak)
  5. Klik pada menu Semakan Pembayaran
  6. Masukkan kata laluan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang bantuan dan info lanjut, anda boleh menghubungi LHDNM atau Talian BKK terdekat LHDNM di 1-800-88-2747.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

Jom Bantu Share Artikel Ini
×