Rasmi : Pengeluaran Penuh KWSP melalui akaun 1 dan akaun 2 boleh dilakukan oleh ahli asalkan memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan. Untuk makluman umum, KWSP telah menyediakan pelbagai kemudahan pengeluaran kepada pencarum.
RASMI: AGIHAN PENUH KWSP
Seperti yang sedia maklum, tahun ini kerajaan tidak dapat meluluskan pengeluaran khas 2.0 atas sebab-sebab tertentu. Tapi tahukah anda, sebenarnya ahli KWSP boleh membuat pengeluaran penuh atau sebahagian melalui akaun 1 dan akaun 2.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan kemudahan pengeluaran kepada pencarum yang memerlukan. Setiap jenis pengeluaran telah ditetapkan syarat kelayakan tertentu dan ahli hendaklah mematuhi kriteria yang disediakan.
Bagi mereka yang ingin membuat pengeluaran penuh KWSP, ia dibenarkan secara online melalui i-akaun. Pengeluaran untuk tujuan peribadi tertentu dibenarkan dan di bawah dikongsikan jenis pengeluaran yang boleh dibuat pada tahun ini.
PENGELUARAN PENUH KWSP (HILANG UPAYA)
Kemudahan ini sangat bermanfaat kepada setiap ahli KWSP iaitu pengeluaran penuh akibat kecacatan fizikal atau mental. KWSP turut memberi insentif RM5,000 sebagai bantuan khas bagi meringankan beban ahli.
MENINGGALKAN NEGARA SECARA RASMI
Bagi pencarum/ahli KWSP yang telah dilucuthakkan atau melepaskan kerakyatan Malaysia untuk tujuan berhijrah ke negara lain. Mereka boleh memilih untuk mengeluarkan baki penuh simpanan daripada akaun 1 dan akaun 2 KWSP.
PENGELUARAN PENUH KWSP (UMUR 55 & 60 TAHUN)
Apabila ahli KWSP telah mencapai umur 55 tahun, mereka secara automatik boleh memilih untuk menguruskan wang persaraan mereka. KWSP membenarkan pengeluaran keseluruhan atau sebahagian pada bila-bila masa.
Bagi ahli yang memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman seterusnya akan dimasukkan ke dalam akaun emas. Wang simpanan boleh dikeluarkan sepenuhnya selepas mencapai umur 60 tahun.
MATI
Sekiranya berlaku kemalangan (kematian) ahli, pengeluaran penuh boleh dilakukan oleh waris. KWSP amat menggalakkan pencarum membuat penamaan awal bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan tanpa sebarang masalah atau kesulitan.
KELAYAKAN & CARA MEMOHON
Bagi yang memerlukan dan layak, permohonan boleh dihantar secara online. Syarat kelayakan dan garis panduan permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi KWSP – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif dalam bentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang tersedia dan layak – SEMAK DI SINI untuk rujukan.