Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah inisiatif bantuan tunai langsung kepada rakyat yang diumumkan dalam belanjawan 2022 yang lalu bagi memanfaatkan golongan B40 di Malaysia.
Kami di DigitalMukmin akan kongsikan kepada anda panduan rayuan BKM 2022 yang betul agar anda tidak keliru untuk mengemukakan permohonan rayuan anda.
PEMBAYARAN BKM FASA 1
Untuk pengetahuan anda, bagi pembayaran Fasa 1 BKM, 8.6 juta rakyat Malaysia akan menerima manfaat bayaran sebanyak RM100 sehingga RM300 berlandaskan kelayakan bagi setiap penerima merangkumi kategori seperti yang tertera dibawah:
- 4.0 juta isi rumah
- 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan)
- 3.4 juta individu bujang
SIAPA YANG LAYAK LAKUKAN PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022
Individu yang layak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah seperti yang dinyatakan dibawah:
i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
ii. Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
BILA BOLEH KEMUKAKAN RAYUAN BKM 2022
Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:
i. Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
ii. Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
BAGAIMANA PROSES RAYUAN BKM 2022 DILAKUKAN
Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut:
i. Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my ; atau
ii. Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).
Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat layari bkm.hasil.gov.my