Membebel adalah satu sikap yang rasanya memang ada pada setiap mak-mak. Mungkin itu salah satu cara untuk luahkan perasaan. Tapi tidaklah membebel sepanjang hari. Sekurang-kurang, bebanan yang dihadapi sepanjang hari dapat dilepaskan.
Maklum sahaja dengan perangai anak pelbagai ragam, bersepah sana sini, bergaduh sesama mereka dan sebagainya. Ini belum lagi dengan cara suami yang buat hal sendiri dan kurang membantu isteri di rumah.
Kalau tidak dilepaskan bimbang, lama-kelamaan keadaan isteri jadi mental load. Akhirnya, dengan perasaan yang sukar dikawa ini bolh terjadinya ‘burnout’.
Jangan main-main, bila isteri burnout, macam-macam boleh berlaku di luar kawalan dan inilah menyebabkan berlakunya keadaan yang tidak kita ingini.
Jadi, kalau rasa diri mak-mak-mak stres terutamanya dengan keadaan rumah yang tidak terurus atau sebagainya, cubalah untuk luahkan perasaan, paling tidak mintalah bantuan suami supaya ia dapat memahami keadaan isteri yang mental load ini.
Sebagai suami apabila nampak isteri menjerit, jangan menjauh tapi cepat dekati, itu red flag isteri burnout. Ternyata isteri sedang alami saat sukar.Jadi sebagai suami, peka dengan keadaan isteri. Dirinya bukan sengaja menjerit sebaliknya ia petanda mental dan fizikalnya sudah penat.
Nampak Isteri Menjerit, Jangan Menjauh
Nampak isteri terjerit-jerit dekat rumah
Jangan jauhi dia, tapi cepat dekati dia. Itu red flag yang dia burnout. Risau anak-anak jadi mangsa keadaan nanti.
Bila sudah kena burnout ini:
- Masa ini tahap irritability dia meningkat mendadak. Jadi mudah marah. Mudah rasa terganggu (annoying) dan mudah menengking.
- Masa ini datanglah anak buat masalah kecil pun sudah boleh buat dia mengamuk tak ingat dunia. Kasihan anak.
- Masa ini akal ( cortex ) dia tengah pasif, tak dapat hendak kawal sangat pertuturan, tindakan dan respon bila ada masalah.
- Masa inilah dia banyak main lepas saja cakap. Kadang dia pun tak sedar apa yang dia cakapkan. Anak-anak boleh jadi kecil hati nanti.
Itu Red Flag Isteri Burnout
- Masa ini emosi ( limbic ) jadi sangat aktif dan jadi raja tubuhnya. Kesannya, dia jadi seorang yang impulsif. Bertindak ikut hati semata-mata. Sebab itu lepas termarah anak, dia akan rasa menyesal.
- Masa ini isteri kita sedang dibelenggu fasa isolation, dia rasa semua orang sekeliling dia tak memahami dia. Itu yang cepat sentap!
- Masa ini dia akan rasa depleted sangat. Tidur cukup tapi masih rasa penat. Rehat banyak pun rasa penat lagi. Sebab burnout ini bukan penat fizikal tapi ia adalah penat emosi dan penat jiwa.