Resepi Cheesekut | Peminat cheese? Jom cuba resepi cheesekut dibawah. Digital Mukmin akan kongsikan langkah demi langkah!
Asalkan ada jamuan di sekolah ataupun di pejabat sudah pasti ada yang membawa kek batik. Apa salahnya jika kita membuat kelainan dengan membuat cheesekut semasa jamuan.
RESEPI CHEESEKUT PALING MUDAH DAN SEDAP!
BAHAN-BAHAN
1 paket biskut kering (tidak kisah apa apa jenama)
1/2 tin susu pekat
1/4 cawan susu segar
250g cream cheese Tatura
*Serbuk Milo sebagai topping (Optional, boleh juga digunakan bahan lain)
CARA-CARA MEMBUAT CHEESEKUT
- KISAR BAHAN
Pertama sekali, masukkan cream cheese, susu pekat dan susu segar ke dalam blender sehingga bahan tersebut sebati. Anda juga boleh guna mixer.
- RENDAMKAN BISKUT
Rendamkan biskut kedalam susu segar
- MEMBUAT LAPISAN
Susun biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan semula dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi sehingga biskut dan cream cheese habis
- LETAK TOPPING
Seterusnya, taburkan serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh; contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka.
- SEJUKKAN
Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk selama 4-6jam atau semalaman dan selepas itu bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut.
Selamat mencuba!