Resepi Nasi Ayam | siapa disini peminat nasi ayam? Digital Mukmin ingin kongsikan resepi nasi ayam yang simple dan sedap!
Admin pasti yang ramai diantara kita semua menyukai nasi ayam bukan? Nasi ayam ini tidak mempunyai hari hari tertentu untuk dimakan, iainya boleh dimakan bila bila masa sahaja tanpa mengira hari atau perayaan. Kepada emak emak yang mempunyai anak yang sangat menyukai nasi ayam, anda perlu menyimpan sekurang – kurangnya satu resepi.
Resepi dibawah yang akan dikongsikan ini, merupakan resepi daripada air tangan Puan Rosma Ros. Resepi ini akan disertakan bersama gambar langkah demi langkah.
RESEPI NASI AYAM SIMPLE TAPI SEDAP DAN POWER HABIS!
BAHAN-BAHAN
1.Untuk Rebusan Ayam
Seekor ayam
1 biji bawang besar (potong secara kasar)
Seinci halia (diketuk)
2 batang serai
3 ulas bawang putih
2. Untuk Nasi
5 cawan beras
Seinci halia (potong nipis)
3 biji bawang merah (potong halus)
4 ulas bawang putih (potong halus)
Sebatang kulit kayu manis (kecil)
Bunga lawang
Cengkih
Lemak ayam yang kita kumpul tadi
1 sudu makan margerin/ butter
1 ketul kiub ayam
Kunyit (hanya sedikit supaya tidak terlalu kuning)
Daun pandan (disimpul)
Garam
3. Untuk Ayam
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
2 sudu sos tiram
1 sudu sos lada hitam
Kicap manis secukupnya
Setengah sudu gula merah/ gula kabung
Sedikit garam
1 sudu kecil pati ayam
Sedikit margerin
LANGKAH – LANGKAH MENYEDIAKAN NASI AYAM
- BASUH & POTONG AYAM
Seperti biasa, potong ayam mengikut yang anda inginkan.asingkan lemak ayam daripada isi tetapi jangan dibuang kerana lemak tersebut digunakan untuk dibuat minyak ayam.
- REBUS AYAM
Seterusnya, rebus ayam tersebut sebelum diperapkan dan digoreng agar ayam yang digoreng akan berjus dan cantik! Ayam rebusan ayam tersebut disimpan untuk memasak nasi nanti.
Cara merebus ayam : panaskan air bersama bahan-bahan A. Tunggu sehingga mendidih, masukkan ayam. Jangan terlalu lama, nanti ayam kecut.
- MASAK NASI
Bagi memasak nasi, kita akan guna bahan-bahan B. Masukan lemak ayam yang disimpan tadi ke dalam periuk nasi bersama sedikit marjerin. Buka api sederhana dan biarkan lemak bertukar menjadi minyak.
Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis smpai ianya layu, jangan sampai garing.
Kemudian masukkan beras yang telah dibasuh, pati ayam, marjerin, daun pandan dan garam. Goreng sekejap semua bahan ini sehingga sebati.
Masukkan air rebus ayam tadi bersama sedikit kunyit supaya sedikit kuning, sukatan air seperti biasa, jangan terlalu banyak nanti nasi menjadi lembik. Tanak nasi sehingga masak.
- PERAP & GORENG AYAM
Untuk sediakan ayam goreng yang cantik dan berkilat, gunakan kesemua bahan C.
Tumbukan halia dan bawang putih, perah dan ambil jusnya saja. Kemudian, gaul semua bahan lain hingga sebati. Perap sekurang-kurangnya 1 jam dengan ayam yang telah direbus tadi. Kalau lagi lama lagi sedap.
semasa mengorengkan ayam, guna api perlahan, kena selalu alihkan ayam supaya tak hangit. Masak jangan terlalu lama nanti ayam tak juicy.
- SEDIAKAN SOS / SAMBAL
Bahan – bahan untuk sos
5-7 biji cili besar (jika suka pedas anda boleh letak cili padi / cili api merah)
Gula secukupnya
Gula kabung sedikit
Garam
5 ulas bwg putih
Limau nipis (Kalau tak ada boleh ganti dengan cuka)
Sos cili 4-5 sudu
Caranya, blenderkan semua bahan diatas dan masak atas api sehingga pekat. Kalau anda suka sambal/sos yang cair, masak sampai mendidih sahaja dan boleh tutup api.
- KUAH KICAP
Anda boleh gunakan kuah perapan yang lebihan daripada ayam tadi dan tambah air rebusan ayam dan kicap secukupnya. Masakkan sekejap atas api. Siap!
- MASAK SUP
Untuk sup pula, kita boleh gunakan bahagian ayam yang tidak digunakan tadi seperti kaki ayam, tulang, tengkuk dan lain – lain. Caranya hanya perlu rebus sehingga masak. Masukkan sekeping kulit kayu manis, sedikit bunga lawing dan juga cengkih. Sterusnya, masukkan pati ayam, perencah cukup rasa Maggi, lada sulah, dan garam. Rebus hingga menggelegak. Perasakan dengan garam jika perlu.
Setelah masak, boleh taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
- SALAD / SAYURAN
Anda boleh sediakan hirisan timun, tomato, lobak merah dan juga daun salad bagi dihidangkan bersama nasi ayam.
SIAP!
Beginilah hasilnya….