Resepi Rendang Ayam | Digital Mukmin akan kongsikan resepi rendang ayam untuk anda.
RESEPI RENDANG AYAM YANG SIMPLE TAPI SEDAP SANGATT
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
1 kilo santan
4 sudu besar kerisik
6 bawang merah
8 bawang putih
halia
1 sudu besar jintan
1/2 sudu lada hitam
Sedikit ketumbar
3 sudu rempah kari
Minyak (untuk menumis)
1 keping asam keping
buah pelage (Sedikit)
bunga cengkih (Sedikit)
bunga lawing (Sedikit)
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
Bahan Untuk Dikisar
20 tangkai cili kering
5 biji bawang besar
5 biji bawang putih
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
1 sudu besar jintan
1/2 sudu lada hitam
Ketumbar (Sedikit)
CARA-CARA UNTUK MEMASAK RENDANG
- Tumis
Mula-mula, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris. Tunggu hingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar.
- Masukkan Asam Keping
Apabila bahan yang ditumis tadi telah naik bau dan pecah minyak, masukkan pula asam keping.
- Masukkan Rempah Kari
Seterusnya, masukkan 3 sudu rempah kari.
- Masukkan Kerisik & Santan
Selepas itu, masukkan pula 4 sudu besar kerisik. Pentingnya kerisik ini adalah kerana ia memberi rasa klasik pada rendang.
Kerisik ini dibuat daripada kelapa parut segar yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk sehingga menjadi pes yang pekat, kasar dan berminyak. Orang dulu-dulu buat kerisik sendiri, tapi sekarang dah mudah nak dapatkan kerisik yang dah siap dijual dalam bentuk paket di kedai.
Bila dah semua bahan dah bersatu, masukkan sekilo santan ke dalam kuali tadi.
- Masukkan Ayam
Sekarang dah boleh masukkan ayam. Biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya.
- Perasakan
Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Bila kuah dah kering bolehlah ditutup api.
SIAP!