Resepi Roti John | Masih tercari – cari resepi roti john yang mudah? Digital Mukmin akan kongsikan kepada anda resepi roti john yang mudah dan cepat.
Selalunya roti john akan muncul bila munculnya bulan puasa. Namun sekarang tidak lagi, walaupun hari hari dan bulan biasa juga ada yang menjual roti john. Tapi kalau malas nak beratur untuk membeli roti john macam mana pula? Jangan risau! Admin akan kongsikan cara cara buat roti john dirumah! Bukan setakat makan seorang saja tapi boleh makan satu keluarga.
RESEPI ROTI JOHN
BAHAN-BAHAN
Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
Bawang merah, cili merah, cili api
2-3biji telur
Planta
Sos cili
Mayonis
Thousand island
Sayuran : timun, kubis
Sedikit garam
CARA-CARANYA
1) Campurkan telur, daging, dan bawang yang telah dihiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan.
2) Sapu roti dgn planta. Ketepikan.
3) Sapu kuali dengan sedikit planta, masukkan daging tadi dan biarkan daging tu sampai masak.
Tekapkan roti tersebut diatas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.
4) Bila dah masak, baru angkat dan letak sayur dan sos yang ada. Siap dipotong, mudah kan?
Sedapnya! Boleh makan untuk berbuka dan sahur juga. Mesti kenyang dan anak-anak suka kan? Selamat mencuba.
Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad