Resipi mudah untuk cornflakes madu yang “famous”

Bahan bahannya guys:

1 ketul buttercup
1 cawan gula perang
500gm cornflakes
10 sudu makan madu

CARA MEMASAK:
1. Cairkan buttercup dengan gula perang dalam kuali.Bila dah cair, tutuplah api takkan biarkan terbakar rumah hang nanti.
2. Masukkan madu. Kacau hingga rata( Kalau kacau pun hangpa taktau , ketuk kepala guna senduk)
3. Masukkan cornflakes. Gaul hingga rata dan bersalut.(Kalau nak tambah buah-buahan kering atau hirisan badam ke hangpa tambah aje lah ) Pastikan badam dibakar terlebih dahulu.
4. Sudukan campuran cornflakes tadi ke dalam cawan kertas.
5. Hias ikut kreativiti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
6. Sedia untuk dinikmati jangan lupa jemput kawan kawan.


Jom Bantu Share Artikel Ini
×