Untuk pengetahuan anda semua, Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2022 di bawah naungan SPNB telah ditubuhkan bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah yang belum mempunyai rumah atau masih menetap di rumah usang (golongan daif) tetapi mempunyai tanah untuk mendirikan rumah sendiri dan selesa.
SPNB menawarkan kepada anda sebanyak 2 program di bawah Program Rumah Mesra Rakyat Tahun 2022 :
- Rumah Mesra Rakyat (RMR)
- Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)
Apa Itu Rumah Mesra Rakyat (RMR)
RMR mempunyai objektif untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah seperti petani, nelayan dan keluarga miskin yang belum mempunyai rumah sendiri atau menetap di rumah usang (golongan daif) tetapi memilikii tanah untuk mendirikan rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Apa Itu Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)
RMRPLUS merupakan satu pelan bantuan yang baharu yang mengikuti konsep dasar RMR1M namun dikhususkan untuk individu yang memiliki tanah sendiri tetapi tidak memenuhi kriteria minima permohonan RMR1M.
Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Antara ciri-ciri RMR :
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 hingga 65 tahun.
- Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
- Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
- Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.
Panduan Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)
DAFTAR RMR
- Layari http://rmr.spnbonline.com.my
- Tekan pada butang “Pendaftaran Baru”
- Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
LOGIN RMR
- Masukkan ID dan Kata Laluan yang telah anda daftarkan
- Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
- LOG MASUK KE LAMAN UTAMA
- Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
PERMOHONAN RMR
- MELENGKAPKAN BORANG ONLINE
- Isi maklumat ke dalam sistem
- SELESAI MENGISI BORANG ONLINE
- Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB
- Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
- Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
- SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
TANGGUNGJAWAB PEMOHON
- Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
- Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
- Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
- Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga (3) bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan)
RUMAH MESRA RAKYAT PLUS (RMRPLUS)
- Jika anda ingin membuat permohonan RMS PLUS (RMRPLUS), sila semak syarat kelayakan RMRPLUS.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN RMRPLUS
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Syarat tanah adalah tertakluk kepada keluasan rekabentuk dan kaedah pembiayaan
- Kaedah pembiayaan RMR Plus sama ada tunai atau melalui pinjaman bank sahaja.
CARA PERMOHONAN RMRPLUS
1.Pemohon mengisi dan melengkapkan permohonan RMRPlus (Majukan ke SPNB)
2.SPNB membuat semakan dan penilaian serta lawatan tapak
3.SPNB meluluskan permohonan
4.Penyediaan Surat Tawaran Program RMRPlus dan Pelantikan Peguamcara
5.Pemohon menandatangani Dokumen Perjanjian Pembinaan & membuat pembayaran deposit 5%
6.Urusan pembayaran
Secara Tunai
Pembayaran Baki Harga Rumah
-Lump Sum
-Berperingkat mengikut kemajuan
Secara Pinjaman
Mendapatkan pinjaman perumahan
-Bank /Institusi Kewangan
7.Pelantikan kontraktor dan pemantauan pembinaan sehingga siap
Pemohon boleh mendapatkan Borang Permohonan daripada Pejabat Cawangan di setiap negeri atau melalui laman sesawang SPNB
Maklumat Lanjut
Sila hubungi SPNB Mesra Sdn Bhd di talian +603 2618 5555
Syarikat Perumahan Negara Berhad,Tingkat 8, Wisma Perkeso,Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: [email protected]
No. Faks: 603-2681 0170