Setiap perkahwinan sebolehnya kita ingin kekal hingga ke akhir hayat dengan dikelilingi oleh orang-orang tersayang. Namun, tak mustahil ada rumahtangga retak dek kerana tiada lagi persefahaman dan rasa kasih sayang antara suami isteri. Ada banyak faktor yang menjadi penyebab rumahtangga retak. Jangan hanya ingat, sesuatu perpisahan hanya kerana tiada lagi rasa cinta. Tapi ia juga boleh jadi kerana masuk campur orang ketiga.
Masalah keluarga campur tangan dalam perkahwinan anak sering terjadi. Ini bukanlah satu urusan yang mudah untuk ditangani kerana ia melibatkan kedua-dua belah pihak ahli keluarga. Apa yang paling penting adalah bila anda dan isteri bergaduh, janganlah sesekali menggunakan kekerasan. Kerana sebab-sebab ini keluarga akan masuk campur urusan anda. Anda tidak harus sesekali menggunakan kekerasan dengan pasangan.
Pastinya rumahtangga si anak menantu (malah ibubapa dan mertua itu sendiri) ada kisah-kisah turun dan naik, menggembirakan dan menyedihkan serta menggusarkan hati.
Faktor yang menjadi penyebab rumahtangga retak.
- Urusan penjagaan anak
- Pengurusan kewangan
- Pengurusan harta
- Urusan hidup seharian serta akhirat
- Campurtangan mentua. Awalnya, mungkin tiada apa-apa masalah, tapi lama-kelamaan akan nampak perangai sebenar yang mngkin tidak disukai oleh mentua.
- Mentua lebih percayakan kata anaknya berbanding menantu. Sedangkan dia lebih kenal siapa anaknya. Mungkin ada baik dan buruknya.
Rumahtangga Retak Bila Mentua Back Up Anak Sendiri
- Sebelum nak back up/ menyebelahi anak lelaki melebihi menantu perempuan, kena fikir dulu yang anda tu ada anak perempuan ke tidak, paling tidak pun fikirlah kalau-kalau ada cucu perempuan ke, anak saudara perempuan. Bukan apa, takut-takut akan terkena perkara yang sama dari mak mentuanya nanti. Sebab banyak sangat aduan dan kes-kes punca retak rumahtangga ini dari keluarga mentua.
- Sayang anak tak kena tempat sampai sanggup percaya kata-kata anak tu bulat-bulat. Sepatutnya jadi orang tua ni, jadi pendamai sebab nak adakan keturunan yang ramai, bukannya tepuk amai-amai. Jadi orang tua ini biar jadi orang yang adil dalam mendengar keluhan dan aduan dari anak menantu. Bukannya dengar sebelah pihak melulu.
- Bila dah dengar keluhan dan aduan tu siasat betul ke tidak, lepas siasat cari jalan penyelesaian bukannya lepas tangan lepas bagi hentaman. Ini tidak. Sudahlah tak ada usaha mendamaikan apatah lagi nak ambil inisiatif tegur dan ajar anak sendiri, difitnah pula diputarbelitkan fakta masa bicara.
Sebab itulah dalam seksyen 47(5)(6) Enakmen undang-undang Keluarga islam Selangor memberi keutamaan kepada saudara karib kepada pihak-pihak untuk dilantik sebagai Jawatankuasa Pendamai untuk mendamaikan.
Anak ini bukan hanya perlu dididik dari alam rahim, tapi perlu dididik dan diajar sehingga akhir hayat. Sebagai anak pula relakanlah hati itu untuk di ajar dan di didik kalau tak mampu nak mengajar dan mendidik anak isteri. Ego buang tepi barulah keluarga yang dibina kekal hingga syurga yang tertinggi. Kalau sayang anak sekali pun dan ras tahu perangai anak, janganlah ambil bulat-bulat. Mungkin anak dengan maknya lain tapi bila dengan pasangan lain pula perangai. Hanya pasangan yang tahu.