Saintis yakin sebenarnya manusia boleh bernafas melalui punggung – Pelik Tapi Benar

Sekumpulan saintis dari luar negara telah merekodkan penemuan unik tentang teori kebarangkalian manusia sebenarnya boleh menghirup udara (bernafas) melalui punggung.

Dapatan yang diterbitkan dalam jurnal Clinical and Translational Resource and Technology Insights memberitahu teori itu sejurus kejayaan kajian yang dilakukan ke atas tikus dan khinzir berdasarkan keadaan metabolisme perlahan bagi penyu.

Mereka melakukan eksperimen tersebut dengan menggosok usus haiwan untuk menipiskan lapisan mukosa yang mana didapati dapat mengurangkan halangan kepada salur darah. Haiwan-haiwan tersebut itu kemudiannya diletakkan di dalam bilik yang spesial dimana keadaan terdapat kurangnya oksigen.

Eksperimen tersebut mendapati sebanyak 75 peratus haiwan-haiwan tersebut boleh bertahan lebih lama berbanding haiwan yang tidak digosok salur ususnya. Ini juga menggambarkan bahawa terdapat oksigen yang dihirup melalui salur usus mereka yang membuatkan mereka dapat bertahan lebih dari 25 peratus haiwan yang lain.

Keadaan itu turut membuktikan bahawa tikus dan babi boleh bernafas menerusi usus di bawah keadaan yang betul. Saintis turut percaya, spesis mamalia lain termasuk manusia boleh bertindak sedemikian juga.

Bagaimanapun tiada ujian dilakukan ke atas manusia setakat ini dan manusia masih lagi bernafas menggunakan hidung serta mulut dengan sempurna.

Jom Bantu Share Artikel Ini
×