SAPS

SAPS | Digital Mukmin akan kongsikan sedikit mengenai SAPS  sebagai rujukan ibu bapa diluar sana.

Pada masa sekarang, ibu bapa sudah tidak perlu ke sekolah lagi bagi mengetahui keputusan peperiksaan anak mereka kerana dengan wujudnya sistem SAPS, ibu bapa hanya perlu logmasuk bai menyemak keputusan peperiksaan anak anda sepanjang tahun 2019.

Dengan kewujudkan sistem ini, ianya sangat memudahkan para waris untuk menyemak dan membuat pemantauan mengenai kemajuan anak mereka di sekolah.

SAPS SEMAKAN IBU BAPA

Ibu bapa boleh mengetahui Kedudukan Dalam Kelas (KDK) dan Kedudukan Dalam Darjah (KDD) bagi sekolah rendah atau Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT) bagi sekolah menengah melalui sistem ini.

Untuk makluman, sistem SAPS menyokong kesemua keputusan ujian peringkat sekolah termasuklah ujian percubaan sekolah rendah dan menengah. Namun pun begitu, bagi peperiksaan umum seperti UPSR, PT3 dan SPM, ibu bapa perlu membuat semakan secara manual di sekolah masing-masing atau secara SMS.

LOGMASUK SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

Untuk membuat semakan kedudukan dalam kelas atau semakan keputusan belajar, anda perlu mengikuti langkah – langkah dibawah :-

  1. layari portal rasmi SAPS : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
  2. logmasuk seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik “Cari”.
  3. seterusnya adalah pilih negeri dan nama sekolah.
  4. Klik “Semak”.

Sistem akan memaparkan rekod keputusan pelajar yang terbaharu seperti pencapaian gred, rekod kedudukan dalam kelas dan peratusan markah pelajar.

Berikut adalah sistem gred pemarkahan sebagai rujukan anda:

GRED SEKOLAH RENDAH

80-100 Gred A Cemerlang

65-79 Gred B Baik

50-64 Gred C Memuaskan

40-49 Gred D  Mencapai Tahap Minimum

0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum

TH Tidak Hadir

 

GRED SEKOLAH MENENGAH

85-100 Gred A Cemerlang

70-84 Gred B Kepujian

60-69 Gred C Baik

50-59 Gred D  Memuaskan

40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum

0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum

TH Tidak Hadir

 

GRED MENENGAH ATAS

90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi

80-89 Gred A Cemerlang Tinggi

70-79 Gred A- Cemerlang

65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi

60-64 Gred B Kepujian Tinggi

55-59 Gred C+ Kepujian Atas

50-54 Gred C Kepujian

45-49 Gred D Lulus Atas

40-44 Gred E Lulus

0-39 Gred G Gagal

TH Tidak Hadir

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.