SAPS Ibu Bapa

SAPS Ibu Bapa | Digital Mukmin akan kongsikan secara ringkas kepada ibu bapa diluar sana mengenai sistem SAPS

Untuk makluman, pada masa sekarang ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah rendah serta pelajar sekolah menengah boleh membuat menyemak keputusan ujian dan peperiksaan (Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian 2, Peperiksaan Akhir Tahun, serta peperiksaan percubaan UPSR, PT3 dan SPM) anak-anak secara atas talian (online).

SAPS NKRA

Semakan keputusan ujian atau peperiksaan boleh dibuat melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) NKRA yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sistem ini membolehkan ibubapa menyemak slip keputusan dan markah peperiksaan anak mereka yang tersimpan dalam pangkalan data SAPS, tanpa perlu logmasuk ke dalam sistem.

Nota penting: Keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, STAM dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS NKRA.

Namun begitu, semakan keputusan bagi peperiksaan besar seperti UPSR, STAM dan SPM secara online boleh dibuat di laman semakan Lembaga Peperiksaan dan boleh juga disemak melalui SMS pada hari keputusan diumumkan. Manakal keputusan PT3 pula, hanya boleh diambil di sekolah.

SAPS Semakan Ibu Bapa menyediakan semakan bagi murid Darjah 1 hingga Darjah 6 bagi sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula semakan bagi Tingkatan 1 hingga 5. Melalui sistem ini, ibu bapa bukan sahaja boleh menyemak keputusna tahun semasa namun  ia juga membolehkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan bagi tahun-tahun lepas.

SEMAKAN SAPS IBU BAPA

Ibu bapa boleh melakukan semakan selepas keputusan peperiksaan telah dikemaskini atau guru telah selesai mengisi markah keputusan. Para ibubapa serta penjaga boleh menyemak dengan pihak sekolah mengenai tarikh mula semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan

CARA MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

Dibawah ini disertakan langkah – langkah untuk melakukan semakan :

1.Klik pada pautan : sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

2. Lakukan CARIAN MURID.

Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space), kemudian klik butang “Cari”.

Jika ibu bapa tidak dapat mengakses sistem ini,ibubapa perlu memaklumkan kepada guru kelas untuk tindakan selanjutnya.

3. Kemudian lakukan CARIAN SEKOLAH.

Pilih negeri, kemudian klik butang “Cari Di Sini” untuk memilih sekolah pelajar. Senarai nama sekolah akan dipaparkan. Klik pada pautan nama sekolah yang berkenaan.

4. Klik butang “Semak”, dan anda akan dibawa ke menu utama seperti paparan di bawah: SAPS ibu bapa menu utama

5.Klik pada dropdown menu untuk memilih tahun peperiksaan.

6. Kemudian pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak.

7. Akhirnya, Klik butang “Papar Slip Keputusan” untuk menyemak slip keputusan peperiksaan (dalam bentuk pdf yang boleh didownload) yang mengandungi keputusan terperinci ujian / peperiksaan yang dipilih seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas / darjah / tingkatan, peratusan dan sebagainya. Atau jika anda klik butang “Papar Markah Peperiksaan”bagi menyemak analisis keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tahun yang dipilih.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.