SAPS Ibu Bapa

Semakan Saps Ibu Bapa 2019 adalah satu sistem mudah untuk semak keputusan peperiksaan anak secara atas talian. Anda boleh membuat semakan disini secara mudah dan pantas.

Pada masa kini, ibu bapa tidak perlu lagi hadir ke sekolah jika ingin mendapatkan keputusan peperiksaan anak mereka apabila wujudnya sistem SAPS Ibu Bapa. Ibu bapa hanya perlu logmasuk ke sistem bagi menyemak keputusan pelajar sepanjang tahun 2019.

Kewujudan sistem ini disambut baik oleh semua waris kerana memudahkan proses pemantauan perkembangan dan kemajuan anak-anak di sekolah.

SEMAKAN SAPS IBU BAPA

Dengan wujudnya sistem ini, ibu bapa juga dapat menyemak Kedudukan Dalam Kelas (KDK) dan Kedudukan Dalam Darjah (KDD) bagi sekolah rendah atau Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT) bagi sekolah menengah.

Untuk pengetahuan semua waris, sistem SAPS menyokong kesemua ujian peringkat sekolah termasuk ujian percubaan sekolah rendah dan menengah.

Namun bagi peperiksaan umum seperti UPSR, PT3 dan SPM, ibu bapa perlu membuat semakan secara manual di sekolah masing-masing atau secara SMS seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

LANGKAH – LANGKAH LOG MASUK SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

1. Untuk membuat semakan kedudukan dalam kelas atau semakan keputusan belajar, layari portal rasmi SAPS di  -> https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

2. Kemudian log masuk seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik “Cari”.

3. Langkah seterusnya adalah pilih negeri dan nama sekolah.

4. Klik “Semak”

Sistem kemudiannya akan memaparkan rekod keputusan pelajar yang terkini termasuk pencapaian gred, rekod kedudukan dalam kelas dan peratusan markah.

Berikut adalah sistem gred pemarkahan sebagai rujukan anda:

GRED SEKOLAH RENDAH

80-100 Gred A Cemerlang
65-79 Gred B Baik
50-64 Gred C Memuaskan
40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
TH Tidak Hadir

GRED SEKOLAH MENENGAH

85-100 Gred A Cemerlang
70-84 Gred B Kepujian
60-69 Gred C Baik
50-59 Gred D Memuaskan
40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
TH Tidak Hadir

GRED MENENGAH ATAS

90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
70-79 Gred A- Cemerlang
65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
60-64 Gred B Kepujian Tinggi
55-59 Gred C+ Kepujian Atas
50-54 Gred C Kepujian
45-49 Gred D Lulus Atas
40-44 Gred E Lulus
0-39 Gred G Gagal
TH Tidak Hadir

Jika anda mempunyai masalah ketika log masuk ke sistem SAPS Ibu Bapa, sila rujuk FAQ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 2019. Semoga melalui artikel ini dapat membantu ibu bapa supaya lebih mengetahu mengenai proses semakan keputusan pelajar melalui SAPS secara atas talian. DigitalMukmin berharap agar ibu bapa sentiasa positif dalam mendidik anak-anak.

Jom Bantu Share Artikel Ini
×