SAPS NKRA Ibu Bapa adalah portal rasmi untuk ibu atau bapa atau penjaga memeriksa keputusan peperiksaan anak mereka secara online melalui saps ibu bapa 2o19.
Ibu bapa yang baru sahaja mendaftarkan anak mereka ke tahun 1 mungkin pertama kali mendengar mengenai sistem SAPS ini. Untuk pengetahuan semua, sistem ini diwujudkan supaya memudahkan urusan ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak di sekolah.
Guru mata pelajaran akan memuat naik keputusan peperiksaan anak-anak anda ke sistem ini dan ibu bapa boleh terus mengakses secara atas talian keputusan peperiksaan anak anda ke portal rasmi SAPS NKRA Ibu Bapa.
Oleh itu, ibu bapa tidak perlu lagi ke sekolah semata-mata mahu mengambil keputusan.
Namun begitu, sistem SAPS NKRA hanya menyokong ujian bulanan dan peperiksaan awal / akhir tahun sahaja. Sistem ini tidak menyokong sebarang peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM.
Untuk membuat semakan kali pertama, ibu bapa perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu. Kemudian barulah ibu bapa dapat log masuk ke sistem SAPS.
LOG MASUK SAPS SEMAKAN IBU BAPA
Untuk log masuk ke sistem analisis peperiksaan sekolah ini, anda boleh gunakan pautan berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
Anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah:
Untuk membuat semakan, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan pelajar, dan masukkan maklumat sekolah pelajar. Akhir sekali klik butang “SEMAK”.
Sistem akan memaparkan keputusan ujian / peperiksaan terkini anak-anak anda.
Gred pemarkahan berbeza mengikut tahap rendah / menengah / menengah atas. Sebagai rujukan kami kongsikan di bawah:
Gred Sekolah Rendah
80-100 Gred A Cemerlang
65-79 Gred B Baik
50-64 Gred C Memuaskan
40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
TH Tidak Hadir
Gred Sekolah Menengah
85-100 Gred A Cemerlang
70-84 Gred B Kepujian
60-69 Gred C Baik
50-59 Gred D Memuaskan
40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
TH Tidak Hadir
Gred Menengah Atas
90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
70-79 Gred A- Cemerlang
65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
60-64 Gred B Kepujian Tinggi
55-59 Gred C+ Kepujian Atas
50-54 Gred C Kepujian
45-49 Gred D Lulus Atas
40-44 Gred E Lulus
0-39 Gred G Gagal
TH Tidak Hadir
Semoga melalui artikel SAPS NKRA Ibu bapa ini, dapat membantu memudahkan urusan ibu bapa/ waris semua. DigitalMukmin berharap agar semua pihak dapat memanfaatkan penggunaan sistem SAPS Ibu Bapa ini secara meluas.